Monday, 7 October 2019

Kongres Maruah Melayu Bukan Rasis

Kongres Maruah Melayu Bukan Rasis|Dr Mahathir Mohamad berkata sebagai pemimin kerajaan yang berbangsa Melayu, menjadi tugas untuk beliau membantu bangsa sendiri tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap bangsa lain.

Namun katanya tugas itu tidak akan berjaya tanpa ada kemahuan di pihak bangsa Melayu itu sendiri.

Menurut perdana menteri, orang Melayu boleh mengadakan kongres demi kongres untuk memajukan bangsa namun ia tidak akan mencapai matlamat tanpa ada kesanggupan berubah.

"Saya dalam kerajaan, (justeru) menjadi tanggungjawab saya untuk membantu bangsa saya, tetapi bangsa saya perlulah sanggup menerima bantuan yang diberikan.

"Kita boleh adakan kongres demi kongres, sudah beberapa kali, tapi tahap kita setakat itu juga," katanya semasa menyampaikan amanat di Himpunan Kongres Maruah Melayu di Shah Alam hari ini.

Kira-kira 5,000 orang termasuk wakil dari parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi menghadiri majlis tersebut.

Turut hadir Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.


Kongres Maruah Melayu Bukan Rasis Tapi Nasihat


Mahathir juga sempat menempelak sesetegah pihak yang kelihatan tidak senang dengan keputusannya menghadiri kongres berkenaan.

Kata perdana menteri kongres hari ini diadakan bukanlah untuk menyemai atau memarakkan sentimen perkauman.

Malah katanya beliau hadir atas kapasiti sebagai orang Melayu yang mahu membincangkan agenda orang Melayu di negara ini.

Pada 2 Okt, ada pemimpin DAP menyifatkan sekarang bukan masa yang terbaik untuk Mahathir merasmikan Kongres Maruah Melayu.

Anggota Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata pengerusi Bersatu itu adalah perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia.

Dua hari kemudian anggota parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, mempersoalkan mengapa beberapa universiti awam di negara ini perlu menganjurkan Kongres Maruah Melayu.

Kongres Maruah Melayu Bukan Rasis Tapi Nasihat


Secara sinis Mahathir berkata, apabila beliau menghadiri program yang dianjurkan pihak lain tidak ada pula kumpulan terbabit menghalangnya.

"Saya sebagai orang Melayu ingin mengambil bahagian dalam perbincangan ini.

"Tak ada (berkaitan) politik, yang hadir semua pihak badan bukan kerajaan, universiti pun hadir. Mereka hadir sebagai orang Melayu," katanya.

Beliau juga berkata orang ramai yang datang pada hari ini bukan mahu memainkan semangat perkauman sebaliknya bertujuan mencari jalan memperbaiki kedudukan orang Melayu.

"Kita bukan rasis, kita tak kecam orang lain, kita nak kecam (nasihat) orang Melayu saja," katanya. -mk



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan