Monday, 14 October 2019

Kes Rasuah RM2 Juta Tengku Adnan, Di Arah Bela Diri

Kes Rasuah RM2 Juta Tengku Adnan, Di Arah Bela Diri | Mahkamah Tinggi hari ini  memerintahkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membela diri atas  dakwaan menerima rasuah sebanyak RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan sewaktu beliau memegang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata, wujud prima facie terhadap Tengku Adnan menerima wang daripada Pengarah Urusan Aset Kayamas Sdn Bhd, Tan Sri Chai Kin Kong, 60, melalui cek Hong Leong Islamic Bank.

Bagaimanapun Mohamed Zaini menolak hujah pendakwaan sebelum ini bahawa wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun UMNO sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana tidak terdapat bukti kukuh mengenainya.

“Pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa RM2 juta untuk kegunaan UMNO. Meskipun mahkamah menerima resit yang dikeluarkan oleh Chai namun mahkamah menolaknya  kerana ia membuktikan Tadmansori Holdings Sdn Bhd (syarikat yang terdahulu dikatakan mempunyai kepentingan terhada Tengku Adnan) membuat pembayaran kepada UMNO.

Kes Rasuah RM2 Juta Tengku Adnan


“Namun cek yang diterima tertuduh tidak boleh mengalihlan perhatian saya. Kerana ianya diterima tertuduh sebagai penjawat awam dan kapasitinya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan masa itu,” katanya ketika membaca penghakimannya hari ini.

Cek itu didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang mana Tengku Adnan mempunyai kepentingan, Aset Kayamas mempunyai perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini pada 14 Jun 2016.

Pada 23 Januari lalu, Tengku Adnan mengaku tidak bersalah  selepas kesnya dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Kes Rasuah RM2 Juta Tengku Adnan, Di Arah Bela Diri


Seksyen 165 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah Tinggi kemudian menetapkan empat hari iaitu 10. 17, 20, 21 Januari tarikh pembelaan diri Ku Nan.

Pihak pembelaannya juga dijangka akan membawa 5 orang saksi ketika prosiding kelak.



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

5 comments:

  1. Hi, I want to subscribe for this blog to get newest updates, therefore where
    can i do it please help.

    ReplyDelete
  2. Link exchange is nothing else however it is simply
    placing the other person's webpage link on your
    page at appropriate place and other person will also do same in favor of you.

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing your thoughts about was coconut oil.
    Regards

    ReplyDelete
  4. Thanks to my father who shared with me concerning this webpage, this blog
    is actually amazing.

    ReplyDelete
  5. Does your blog have a contact page? I'm having trouble locating it
    but, I'd like to shoot you an email. I've got some creative ideas
    for your blog you might be interested in hearing. Either way, great
    website and I look forward to seeing it improve over time.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan