Intipati Kongres Maruah Melayu|Kongres Maruah Melayu hari ini menuntut kerajaan untuk bertindak tegas meminda Akta Bahasa Kebangsaan bagi memastikan hanya Bahasa Melayu digunakan dalam sistem pentadbiran kerajaan yang mesti dilaksanakan dalam setiap peringkat.
Kaunselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhammad Zaim Rosli berkata, tuntutan tersebut yang menyedari hakikat bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu diberi keutamaan dalam urusan rasmi kerajaan dan urusan pendidikan.
“Kerajaan didesak untuk mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.
“Kerajaan juga perlu memberi kuasa pada Dewan Bahasa Pustaka (DBP) untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melanggar akta bahasa kebangsaan.
“Memastikan syarat lantikan kakitangan awam, lulus dengan kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta meguasai penulisan dan pertuturan dalam bahasa Melayu sebelum diterima sebagai kakitangan awam kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian, semasa Pembentangan Resolusi Kluster Budaya dalam Kongres Maruah Melayu, Amanat Tun Dr Mahathir di Stadium Melawati Shah Alam, hari ini.
Zaim turut mendesak kerajaan untuk membentuk Jawatankuasa kabinet bagi memastikan penguatkuasaan Akta Bahasa Kebangsaan lebih berkesan.
Intipati Kongres Maruah Melayu 2019
Beliau menuntut kerajaan untuk menerima 15 resolusi kluster budaya yang dikemukakannya hari ini yang meyakini bahawa warisan peradaban Melayu seharusnya menjadi teras gagasan jati Malaysia yang mesti diamalkan berpandukan sejarah Persekutuan dan Rukun Negara.
Tuntut biasiswa untuk kesemua pelajar Melayu B40
Sementara Isu pembiayaan pelajaran bagi anak Melayu dan Bumiputera bagi golongan B40 menjadi agenda perjuangan Kongres Maruah Melayu pagi ini yang menuntut kerajaan menambah bilangan pelajar sehingga 100 peratus untuk memperoleh biasiswa.
Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani, Nurul Fatin Aqilah Rahim berkata, ini kerana menyedari pelajar Melayu B40 paling banyak yang terbeban dengan pembiayaan kos pembelajaran.
Nurul Fatin Aqilah Rahim sewaktu Pembentangan Resolusi Kluster Pendidikan dalam Kongres Maruah Melayu, Amanat Tun Dr Mahathir di Stadium Melawati Shah Alam, hari ini.
Membentangkan permasalahan pendidikan dalam negara, dengan itu katanya kerajaan perlu menubuhkan satu tabung biasiswa rakyat yang bertujuan membayar yuran kemasukan kali pertama untuk pelajar yang mempunyai masalah kewangan.
“Terdapat banyak pelajar Melayu miskin B40 sebenarnya tak mampu ke sekolah dan tercicir di pedalaman. Dengan jumlah penduduk Malaysia khususnya golongan Melayu, bantuan kepada anak Nelayan, Petani dilihat semakin berkurangan
“Senario ini akan berulang sekiranya kita tak cari jalan penyelesaian seprti hari ini. Dengan ini, resolusi yang diperlukan adalah dengan menambahkan 100 peratus bilangan penerima biasiswa untuk golongan B40 Melayu dan Bumiputera.
Intipati Kongres Maruah Melayu 2019
“Dengan tabung biasiswa tersebut seterusnya dapat membantu anak Melayu dan kaum bumiputera agar dapat sambung pengajian diperingkat lebih tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian, semasa Pembentangan Resolusi Kluster Pendidikan dalam Kongres Maruah Melayu, Amanat Tun Dr Mahathir di Stadium Melawati Shah Alam, hari ini.
Jelasnya, bagi menyokong penuh pendidikan Melayu, Petronas dan Bank Rakyat perlu menawarkan biasiswa hanya kepada Melayu dan Bumiputera.
Tambahnya, badan seperti Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) justeru perlu memberi pengecualian pembayaran pinjaman ‘First Clasa Degree’ untuk pelajar Melayu sahaja.
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletePendapat anda penuh dengan niat buruk. Sangkàan buruk. Pembentangan di atas adalah satu Gagasan Akademik untuk bangsa Melayu. Kita perlu baca dengan mata hati, bukan kutukan dan lahanat kepada pemimpin. Kalau tidak setuju, beri cadangan yang tuntas untuk kita berfikir. Bangsa Melayu yang hebat ialah bangsa yang boleh berkolabarasi dengan bangsa lain. Iannya significant untuk negara Malaysia. Bukan bangsa yang buka mulut terus menyondol kerana jiwanya kacau. Kerajaan BN ditolak rakyat bukan atas fitnah, kerajaan PH didirikan atas kesatuan menolak kleptokrasi dan rasuah.
ReplyDeletePulihkan Jiwa Melayu yang Lara.
Pendapat anda penuh dengan niat buruk. Sangkàan buruk. Pembentangan di atas adalah satu Gagasan Akademik untuk bangsa Melayu. Kita perlu baca dengan mata hati, bukan kutukan dan lahanat kepada pemimpin. Kalau tidak setuju, beri cadangan yang tuntas untuk kita berfikir. Bangsa Melayu yang hebat ialah bangsa yang boleh berkolabarasi dengan bangsa lain. Iannya significant untuk negara Malaysia. Bukan bangsa yang buka mulut terus menyondol kerana jiwanya kacau. Kerajaan BN ditolak rakyat bukan atas fitnah, kerajaan PH didirikan atas kesatuan menolak kleptokrasi dan rasuah.
ReplyDeletePulihkan Jiwa Melayu yang Lara.
Amazing blog! Is your theme custom made or did you download
ReplyDeleteit from somewhere? A theme like yours with a few simple
tweeks would really make my blog shine. Please let me know where you got your design. Thanks