Friday, 4 October 2019

Husam Musa Kalah Saman Kompleks Perkayuan Kelantan

Husam Musa Kalah Saman Kompleks Perkayuan Kelantan. Pengerusi PH Kelantan Senator Husam Musa menjelaskan isu Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) yang menang saman terhadapnya seperti dilaporkan oleh sebuah portal berita semalam, tidak menggambarkan situasi yang berlaku pada hari prosiding kes berkenaan.

Sehubungaan itu Husam  berkata, pihaknya  akan membuat rayuan di atas keputusan hakim agar kes berkenaan dibicarakan semula serta isu-isu merit dapat diputuskan.

Husam dalam satu kenyataan hari ini menerangkan beliau melantik Tetuan Zayumi Murtadza & Co. sebagai peguam cara yang baru untuk mengendalikan pembelaannya sebagai menggantikan peguamcara yang dilantiknya terdahulu.

“Peguamcara saya yang baharu telah memohon penangguhan pendengaran perbicaraan Mahkamah ke suatu tarikh lain untuk membolehkan beliau meneliti kes ini secara menyeluruh.

“Malangnya permohonan penangguhan ini telah tidak dapat dibenarkan. Antara lain kerana sudah ada ‘Unless Order’ yang diberikan kepada semua pihak sebelum ini dan oleh kerana itu Mahkamah telah mengambil keputusan untuk membenarkan tuntutan Plaintif iaitu KPK tanpa perbicaraan dijalankan.

Husam Musa Kalah Saman Kompleks Perkayuan Kelantan


“Dengan kata lain, tuntutan pihak Plaintif/KPK telah dibenarkan tanpa isu merit didengar terlebih dahulu dan ianya telah diputuskan atas sebab-sebab teknikal perundangan dan InsyaAllah perkara ini boleh dibetulkan,” ujarnya.

Semalam protal Malaysiakini melaporkan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) berjaya dalam satu tuntutan saman ke atas Husam di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Selasa.

Susulan itu, mahkamah memerintahkan Husam selaku defendan membayar ganti rugi am dan dan khas kepada KPK berhubung kenyataan yang disifatkan palsu dan jahat terhadap anak syarikat kerajaan Kelantan itu.

Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan KPK selaku plantif terhadap Husam.

Husam Musa Kalah Saman Kompleks Perkayuan Kelantan

Sebelum ini, KPK memfailkan saman berkenaan pada September 2017 selepas Husam didakwa membuat kenyataan tidak benar yang berunsur fitnah di Facebook dan melalui ucapan ceramahnya terhadap KPK. - md




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

1 comment:

  1. Dividen LTAT : Kalau bole salahkan salahkan orang lain buat apa nak ngaku salah sendiri..!!

    Mat Sabu kata salah pentadbiran lama. Sekali @najibrazak dedah dividen dari 1982 - 2017! Tengok ni...Najib Tun Razak.

    "..Bagi masa 36 tahun pun, tak tentu Mat Sabu boleh berjaya selesaikan Diploma Kulinari dia di ITM..." - Najib Tun Razak

    Kalau bole dapat gaji besar dengan sijil palsu, buat apa nak ngaku tak ada sijil ...tak gitu Bang Mat..!?

    Saya tengok penyokong Mat Sabu sedang mempertahankan dividen 2% LTAT dengan menyebarkan propaganda untuk menyalahkan pengurusan lama LTA - terutama terhadap Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin ini adalah rekod dividen dan bonus LTAT sejak tahun 1982 sehingga tahun 2017.

    1982 - 9.00%, 1983 - 8.50%, 1984 - 8.75%, 1985 - 8.75%, 1986 - 8.00%, 1987 - 6.50%, 1988 - 6.50%, 1989 - 7.00%, 1990 - 7.50%, 1991 - 10.00%,1992 - 11.00%, 1993 - 12.00%
    1994 - 13.00%, 1995 - 13.00%,1996 - 18.25% 1997 - 15.50%, 1998 - 13.50%, 1999 - 15.00%
    2000 - 13.00%, 2001 - 10.00% ,2002 - 10.00%
    2003 - 10.75%, 2004 - 15.75%, 2005 - 15.75%
    2006 - 15.00%, 2007 - 16.00%, 2008 - 16.00%
    2009 - 14.00%, 2010 - 14.00%, 2011 - 15.00%
    2012 - 16.00%, 2013 - 16.00%, 2014 - 15.00%
    2015 - 12.00%, 2016 - 12.00%, 2017 - 12.50%
    LTAT di bawah pimpinan Tan Sri tidak pernah bayar dividen dan bonus 2%.

    Ada hati penyokong PH dan Menteri PH nak salahkan Tan Sri Lodin lagi supaya dijadikan alasan kegagalan mereka?

    Macam biasalah, kalau boleh salahkan orang lain, nak buat apa mengaku kebodohan sendiri, betulkan Bang Mat...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan