Thursday, 10 October 2019

Harga Terkini Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal

Harga Terkini Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal | Lesen memandu adalah sangat penting bagi pengguna jalanraya yang membawa kenderaan samada motosikal ataupun kereta. 

Ia membolehkan pengguna memandu secara sah dan menjadi bukti bahawa pemandu telah benar – benar lulus menjalani ujian memandu serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Selain itu, kepentingan lesen memandu ini supaya pemandu yang berada di atas jalanraya adalah berilmu, sekaligus dapat mengurangkan kes – kes kemalangan berlaku di jalan raya.

Lesen memandu Malaysia juga mendapat pengiktirafan luar negara dan anda boleh memandu dengan tenang tanpa perlu membuat lesen baru jika berada di luar negara. 

Maka, tidak hairanlah jika ramai yang berlumba – lumba untuk mengambil lesen memandu. Namun, harga lesen memandu adalah berbeza saban tahun. Malah, ia dilihat semakin meningkat dari masa ke semasa.

Jawatankuasa Pelesenan Institut Memandu (JKPIM) di bawah pengurusan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah membuat penetapan harga siling bagi yuran pembelajaran dan latihan pemanduan di Institut Memandu (IM) bagi semua pengguna yang ingin mendapatkan lessen memandu yang sah.

Harga Terkini Lesen Memandu 


Kadar siling yang ditetapkan haruslah sama di setiap negeri, namun masih terdapat segelintir pengusaha institut memandu yang mengenakan harga yuran yang berbeza. 

Harga siling yang ditetapkan oleh pihak berkuasa JPJ adalah bertujuan agar memastikan pengguna mendapat perkhidmatan pada kadar yang munasabah.

JKPIM telah menetapkan harga siling untuk mendapatkan lessen motosikal kategori B2 adalah RM 350 dan kategori B pula adalah RM 900. 

Bagi lesen kereta transmisi manual pula adalah RM 1,150 manakala bagi transmisi automatik pula adalah RM 1,250. 

Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah pusat memandu menetapkan harga yang sedikit tinggi dari yang telah ditetapkan disebabkan terdapat beberapa caj tambahan dalam pakej perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh institut memandu.


Antara harga yang sedikit berbeza ditawarkan oleh sesetengah pengendali institut memandu adalah seperti berikut :

  • Kategori motor B2 (tidak melebihi 250 cc) dari RM350 hingga RM450
  • Kategori motor B (melebihi 500 cc) dari RM900 hingga RM1100
  • Kategori kereta (manual) dari RM1150 hingga RM1300
  • Kategori kereta (auto) dari RM1250 hingga RM1500

Seseorang individu yang ingin mendapatkan lesen memandu perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Sebelum menduduki ujian memandu, anda perlu memenuhi syarat umur seperti berikut :

  • Lesen motosikal kategori B2 dan B : Berumur sekurang – kurangnya 16 tahun dan keatas.
  • Lesen memandu kereta (manual atau automatik) : Berumur sekurang – kurangnya 17 tahun dan keatas.


Harga Terkini Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal


Cara- Cara Mengambil Lesen Memandu

Langkah 1. Pendaftaran
Pemohon perlu membuat pendaftar di mana – mana institut memandu yang berdaftar. Yuran pendaftaran perlu dibayar mengikut kadar yang ditetapkan.
Langkah 2. Kursus KPP
Calon – calon perlu menghadiri kursus KPP selama 6 jam di institut memandu pada tarikh yang ditetapkan. Calon perlulah berpakaian kemas serta sopan seperti yang ditetapkan oleh pihak JPJ.  
Langkah 3. Ujian Komputer
Calon – calon perlu menduduki ujian teori undang – undang berkomputer selama 45 minit setelah selesai menghadiri kursus KPP. Markah lulus adalah 42/50 dan sekiranya calon gagal, calon perlu mengulangi ujian tersebut. 
Langkah 4. Lesen L
Calon yang telah lulus ujian teori berkomputer akan memperoleh lesen L (Learner Driving License) 
Langkah 5. KPP 02
Calon akan menjalani latihan memandu KPP (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) 02 selama 16 jam. Setiap calon diberikan masa selama 8 jam untuk pembelajaran di dalam litar. Bagi lesen motosikal, calon perlu membuat pusingan 8, merentasi titi, halangan kon serta brek kecemasan. Bagi lesen kereta pula, calon akan belajar menaiki bukit, parking tiga penjuru serta side parking. 
Langkah 6. KPP 03
Setelah selesai menjalani latihan litar, calon lesen kereta perlu meneruskan latihan KPP 03 iaitu latihan di jalanraya. Masa yang diperuntukkan adalah selama 8 jam untuk sesi ini. Setelah tamat latihan KPP 02, calon akan diberikan borang belajar memandu (SM4). 
Langkah 7. Ujian QTI
Sebelum menjalani ujian praktikal bersama JPJ, calon – calon perlu menjalani ujian pra terlebih dahulu. Ia dijalankan oleh jurulatih bertauliah di institut memandu. Ini bagi memastikan supaya setiap calon yang akan menjalani ujian praktikal JPJ telah benar – benar bersedia. Bagi calon yang telah lulus di peringkat pra ini, mereka boleh membuat tempahan untuk ujian praktikal JPS pula. 
Langkah 8. Ujian Praktikal JPJ
Calon yang sudah bersedia untuk menjalani ujian praktikal JPJ akan dibenarkan menduduki ujian tertakluk kepada tarikh yang ditetapkan. Calon – calon yang telah lulus ujian ini boleh mendapatkan lesen memandu P sekurang – kurangnya dalam tempoh 3 hari. Bagi calon yang gagal ujian ini, mereka perlu mengulangi ujian praktikal ini semula.

Harga Terkini Lesen Memandu 


Bagi calon yang ingin mendapatkan lesen memandu, anda perlu membuat kajian harga pasaran terlebih dahulu memandangkan institut memandu menawarkan kadar perkhidmatan yang berbeza – beza.

Ini supaya anda tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk pakej perkhidmatan yang tidak diperlukan.

Bagi yang ingin menyemak keputusan ujian memandu boleh semak  di https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-keputusan-ujian-memandu.



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

1 comment:

  1. Jika lesen memandu malaysia boleh dipakai diluar negara
    Bagaimana dengan lesen memandu luar negara apakah boleh dipakai dimalaysia..contoh nya lesen memandu indonesia

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan