Dalang Di Belakang Hishamuddin Tun Hussein? | Baru-baru ini Hishamuddin Tun Hussein telah meminta Tun Mahathir menubuhkan sebuah kerajaan tanpa Amanah dan DAP. Cadangan Hishamuddin ditolak oleh Dr Mahathir.Semua parti komponen PH mengeluarkan kenyataan menolak unjuran Hishamuddin Tun Hussein itu.
Namun, yg kita perlu soal ialah siapakah dalang di belakang Hishamuddin Tun Hussein ini. Kita tahu Hishamuddin sudah putus hubungan dengan UMNO.
Kita juga tahu Hishamuddin rapat dengan Azmin Ali sehingga boleh bercuti di Maghribi bersama satu masa dahulu. Hishamuddin memang rapat dengan Azmin Ali.
Juga, Azmin Ali, kalau tidak disebabkan video kontroversi beliau, sudah pun menjadi Perdana Menteri Malaysia sekarang ini. Hanya video kontroversi itu telah menghalang Azmin Ali dari menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 8.
Kita juga tahu Daim dan kawan-kawan billionair beliau tidak suka Anwar Ibrahim dan mereka jugalah yang telah menjatuhkan Anwar tahun 1998 lepas dgn tuduhan palsu liwat.
Dalang Di Belakang Hishamuddin Tun Hussein?
Jadi, adakah ini plan seterusnya di dalam usaha menghalang Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia yg ke-8?
Daim dan rakan-rakan billionair nya bakal kehilangan sumber kerana Anwar Ibrahim lebih ikhlas mahu melihat orang Melayu bangkit dan sumber2 kerajaan tidak dimonopoli oleh kawan2 Daim dan Dr Mahathir ini?
Sebagai contoh komoditi gula sudah pun melimpah-limpah dari segi bekalan tetapi kerana gula dimonopoli oleh Syed Mokhtar Al Bukhary maka harga gula masih dikekalkan dua kali ganda dari harga pasaran demi menjaga kepentingan Syed Mokhtar.
Di bawah Anwar Ibrahim sudah tentuk Syed Mokhtar tidak akan dapat menikmati perniagaan monopoli seperti ini.
BERNAS juga monopoli Syed Mokhtar di mana beliau sahaja dapat menentukan harga beras seluruh Malaysia. Ini juga akan berubah bila Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri kelak.
Dalang Di Belakang Hishamuddin Tun Hussein?
Maka, plan A sudah gagal kerana video Haziq. Adakah Plan B melibatkan Hishamuddin Tun Hussein dan cadangan kerajaan Melayu beliau?
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..