Friday, 4 October 2019

Cukai GST Di Perkenalkan Semula?

Cukai GST Di Perkenalkan Semula?|Seorang penganalisis politik menolak cakap-cakap mengenai pengenalan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai tidak munasabah sama sekali.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, beliau pasti bahawa Dr Mahathir Mohamad hanya berseloroh ketika berkata kerajaan akan mengkaji untuk memperkenalkan semula cukai tersebut jika rakyat mahukannya.

Perdana menteri membuat kenyataan itu semalam ketika menjawab pertanyaan pemberita tentang komen beliau terhadap gesaan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) supaya GST diperkenalkan semula tahun depan pada kadar lebih rendah tiga peratus.

“Tidak ada kemungkinan Pakatan Harapan (PH) akan memperkenalkan GST semula,” Chin memberitahu FMT.

“Semua cakap-cakap ini hanyalah cakap kosong. PH akan meneroka cukai lain, tetapi bukan GST. Ia berbahaya dari segi politik.”

Katanya, pengenalan semula GST, sama ada dalam belanjawan ini atau akan datang akan semakin menghakis sokongan kepada PH, terutama dalam kalangan orang Melayu.

Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia bagaimanapun tidak bersetuju dengan berkata, beliau tidak percaya langkah memperkenalkan semula GST akan memberi kesan besar ke atas reputasi PH.

“Saya fikir isu GST bukanlah isu pemutus berhubung persepsi umum tentang integriti PH,” katanya kepada FMT.


Cukai GST Di Perkenalkan Semula?


“Memang sedia wujud persepsi umum bahawa PH tidak berfikir panjang ketika ia merangka manifestonya, dan ini termasuklah janji untuk memansuhkan GST.

“Jadi pengenalan semula cukai tersebut bukanlah halangan sekiranya kita bercakap tentang integriti.”

Katanya beliau mengesyorkan GST dilaksanakan semula kerana “ia baik untuk hasil kerajaan”.

“Bagi melunakkan protes orang ramai, kadarnya harus kurang daripada enam peratus, tetapi kadar tiga peratus terlalu rendah.”

Bagaimanapun Azmi mengingatkan bahawa arus akan bertukar arah menentang PH dengan cepat sekiranya pengenalan semula GST menyebabkan harga barang meningkat.

“Itu akan menjadi misi bunuh diri menjelang pilihan raya umum ke-15,” katanya.

Awal minggu ini, ketika mencadangkan GST diperkenalkan semula dalam Belajwanan 2020, pengerusi MIER Kamal Salih berkata, cukai tersebut membantu kewangan kerajaan ketika harga minyak jatuh ke bawah paras AS$36 satu tong pada 2015. - fmt



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan