Thursday, 31 October 2019

Calon Penyatuan Ummah PRK Tanjung Piai?

Calon Penyatuan Ummah PRK Tanjung Piai? | Seperti yang dijangka, bekas ahli parlimen Tanjung Piai Wee Jeck Seng dicalonkan oleh BN dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai.

Keputusan itu diumumkan oleh pengerusi Umno Johor Hasni Mohammad pada malam ini di Umno Pontian menerusi siaran langsung di Facebook BN.

Menurut Hasni, PRK kali ini merupakan satu referandum (untuk menunjukkan kemerosotan) sokongan rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan juga Muafakat Nasional yang dimeterai dengan PAS baru-baru ini.

“Kerajaan perlu sedar bahawa apa juga yang mereka lakukan dan katakan akan dinilai oleh rakyat di (PRK) Tanjung Piai ini.

“Kita akan menjadikan Tanjung Piai ini sebagai pungutan suara rakyat untuk menyatakan kepada PH bahawa mereka telah gagal dan kecewakan rakyat.

“Dalam masa yg sama, PRK ini juga merupakan referandum terhadap Muafakat Nasioanal...Melalui Muafakat Nasional ini, kita akan pastikan bahawa kemenangan di Tanjung Piai sebagai satu endorsement (sokongan) rakyat yang ingin melihat perpaduan, keharmonian dan kemakmuran dalam masyarakat itu yang penting dipertahankan,” kata Hasni.


Calon Penyatuan Ummah PRK Tanjung Piai?


Apabila ditanya mengenai manifesto BN bagi PRK itu, Hasni berkata BN menumpukan pada rungutan dan isu yang dibangkitkan rakyat sebelum ini.

“Sebab itu, kita rasakan bahawa Tanjung Piai ini juga membawa maksud Tolak Pakatan Harapan,” kata Hasni disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.

Selain Wee, pimpinan pembangkang yang turut hadir termasuk Presiden MCA Wee Ka Siong dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dr Mohd Mazri Yahya.

Menurut Mazri, PAS tiada masalah dengan calon yang dikemukakan oleh BN di Tanjung Piai kerana mereka turut mendokong faktor kebolehmenangan.

“Kami akan dokong faktor tersebut sebab bagi kami, PRK ini merupakan satu cabaran kerana walaupun ia tidak ubah status quo kerajaan pusat, tetapi ia boleh memberi satu isyarat kepada masyarakat Malaysia bahawa kerajaan pada hari ini adalah kerajaan yang rapuh dan boleh dijatuhkan.

“Ini merupakan satu litmus test kepada kita semua dan kepada Muafakat Nasional. Sekiranya jika kita berjaya kalahkan PH insyallah pada pilihan raya umum ke-15 kita boleh jatuhkan PH,” jelas Mazri.

Sementara itu, Hasni turut menyifatkan pencalonan ini sebagai bukti Muafakat Nasional adalah inklusif dan pragmatik yang bukan hanya ketengahkan Melayu Islam tetapi seluruh masyarakat.

Meski tidak menafikan ada akar umbi Umno yang akan tidak berpuas hati, namun menurut Hasni, keputusan itu telah mengambil kira semua aspek dan dibuat secara teliti.


Calon Penyatuan Ummah PRK Tanjung Piai?


“Kita telah teliti semua perkara, dah teliti semua aspek...maka kita menterjemahkan segala kajian dan sentimen masyarakat yang di bawah dan membuat keputusan bahawa Wee Jeck Seng adalah calon yang paling sesuai dan terbaik untuk mewakili BN,” ulas Hasni.

Untuk rekod, Wee pernah menjadi anggota parlimen kawasan itu dua kali.

Wee gagal mempertahankan kerusi itu tahun lepas dan tewas dengan majoriti tidak sampai seribu undi kepada calon Pakatan Harapan Mohd Farid Mohd Rafik.

Wee akan bertembung dengan Pengerusi Bersatu Tanjung Piai Karmaine Sardini dan Timbalan Setiausaha Agung Gerakan Wendy Subramaniam. - mk






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

1 comment:

  1. I'm gone to tell my little brother, that he should also
    pay a quick visit this weblog on regular basis to take updated from newest news update.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan