Wednesday, 2 October 2019

Bekas CEO SSM Dihadapkan Ke Mahkamah

Bekas CEO SSM Dihadapkan Ke Mahkamah. Bekas CEO SSM, Dato' Zahrah Abd Wahab Fenner mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.7 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu.

Beliau membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Azura Alwi.

Daripada 33 pertuduhan ke atasnya, 31 pertuduhan adalah di bawah Seksyen 17 (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membawa hukuman dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan bagi setiap pertuduhan jika sabit kesalahan.

Sementara 2 lagi pertuduhan pula di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Bekas CEO SSM Dihadapkan Ke Mahkamah Terima 33 Pertuduhan Rasuah


Sementara itu, anak tertuduh, Abdulazeez Wan Ruslan, 33 tahun juga turut berhadapan 4pertuduhan menerima rasuah dan bersubahat dengan ibunya menerima suapan berjumlah RM160,000 di bawah Akta SPRM dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dihukum penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Hamidi Mohd Noor manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwaraya SPRM, Allan Suman Pillai.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan wang jaminan RM300,000 bagi Zahrah dengan dua penjamin Manakala RM70,000 bagi Abdulazeez dengan seorang penjamin. Kes dibicara semula pada 26 November depan.



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan