Monday, 7 October 2019

Amanat Tun Dr Mahathir Kongres Maruah Melayu

Amanat Tun Dr Mahathir Kongres Maruah Melayu|Kongres Maruah Melayu pagi ini mendesak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mewujudkan polisi khusus untuk memajukan orang Melayu.

Pembentang Kluster Ekonomi, Syafiq Jebat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, hal tersebut penting dilaksanakan segera bagi memastikan penyertaan, pemilikan dan penguasaan orang Melayu dalam ekonomi tanah air.

Beliau mengingatkan polisi ekonomi juga mesti berasaskan kepentingan dan kesejahteraan Melayu tanpa mengetepikan kaum lain bagi mengurangkan jurang pendapatan dengan kaum lain.

“Langkah-langkah lebih berkesan perlu untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan orang Melayu dan rakyat Malaysia.

“Tenaga kerja orang Melayu mesti dilatih. Pastikan tiada penyelewengan, salah guna kuasa, dan rasuah tanpa mengenal pangkat dan darjat,” tegasnya.

Amanat Tun Dr Mahathir Kongres Maruah Melayu


Syafiq turut mendesak agar kerajaan membuka bandar-bandar baharu untuk orang Melayu seperti Shah Alam, Bangi dan Putrajaya.

Tindakan tersebut, ujarnya lagi, penting bagi memastikan orang Melayu memiliki kediaman dan premis perniagaan di kawasan bandar.



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan