Tuesday, 22 October 2019

Aliran Sains Dan Sastera Dimansuhkan Mulai Tahun 2020

Aliran Sains Dan Sastera Dimansuhkan Mulai Tahun 2020 | Pada tahun 2020, pelajar yang akan melangkah ke tingkatan 4 tidak akan dibahagikan mengikut aliran sastera dan sains tetapi mereka akan dibenarkan memilih subjek mengikut minat mereka.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, perbezaan antara dua aliran itu tidak lagi wujud selari dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Kenyataan ini dibuat oleh Teo Nie Ching menerusi akhbar Sin Chew Daily dan pengumuman rasmi akan kami kongsikan kemudian.

“Pelajar boleh memilih subjek mengikut minat dan kecenderungan masing-masing, pihak sekolah pula akan mengaturkan kelas mengikut pilihan subjek oleh pelajar,” katanya.

Nie Ching berkata, penilaian pelajar dalam kelas dan keputusan PT3 mereka juga boleh dijadikan rujukan dalam pemilihan subjek.

“Guru kaunseling memainkan peranan penting dalam membantu pelajar membuat pilihan,” katanya.

Aliran Sains Dan Sastera Dimansuhkan Mulai Tahun 2020



Pihak Sekolah perlu menyediakan subjek kepada pelajar-pelajar mereka. Tambahnya lagi, sekolah diberi autonomi untuk menyediakan subjek pilihan murid berdasarkan beberapa faktor termasuk kemudahan sekolah dan sumber tenaga pengajar.

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik pernah mendedahkan sebelum ini aliran sains dan sastera di peringkat sekolah menengah seluruh Malaysia akan digabungkan.

Usaha tersebut dicadangkan Jawantankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara terhadap Polisi Pendidikan Kebangsaan untuk menambah baik sistem persekolahan di seluruh negara.



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan
biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan