Saturday, 5 October 2019

Alif Satar Nasihat BTS Army

Alif Satar Nasihat BTS Army|Penyanyi, Alif Satar memberi nasihat kepada penyokong kumpulan BTS yang menggelarkan diri mereka sebagai BTS Army supaya tidak terlalu taksub dengan artis tersebut.

Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Mohd. Satar, 29, berkata, peminat tidak perlu terlalu mengagungkan dengan mana-mana artis kerana perkara tersebut tidak ditanya para malaikat pada hari akhirat kelak.

Dia yang menjadi mangsa kecaman BTS Army ketika mengendalikan secara langsung program pertandingan Big Stage musim kedua pada Ahad lalu berkata, tidak tertekan dengan serangan tersebut, sebaliknya menganggap insiden berkenaan sebagai melucukan.

"Saya anggap kecaman itu melucukan. Saya tidak salah dalam situasi itu kerana lagu Boy With Luv sememangnya dinyanyikan oleh lapan orang iaitu 7 orang daripada kumpulan BTS dan kolaborasi bersama Halsey. Ada juga penyokong BTS yang menyokong saya. Tidak semuanya mengecam.

"Cuma nasihat saya, jangan terlalu taksub dengan artis. Malaikat dalam kubur tidak tanya mengenai nama setiap ahli kumpulan. Di akhirat juga begitu," katanya.

Alif Satar Nasihat BTS Army


Dia memberi kenyataan demikian ketika sidang akhbar Konsert Amal Countless Blessing Alif Satar dan Raihan.

Terdahulu, Alif ketika mengacarakan rancangan Big Stage musim kedua bersama Sherry Al Hadad berkongsi info bahawa lagu Boy With Luv nyanyian BTS yang disampaikan oleh peserta, Han-byul dinyanyikan oleh 8 orang artis.

Maklumat tersebut di kecam daripada BTS Army kerana kumpulan BTS terdiri daripada 7 orang ahli. Namun lagu tersebut sememangnya disampaikan oleh lapan artis iaitu 7 ahli kumpulan BTS dan kolaborasi bersama penyanyi dari Amerika Syarikat, Halsey. -kosmo




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 


Iklan

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan