Tuesday, 24 September 2019

Zuraida Kamaruddin Tak Layan Komen Wan Azizah

Zuraida Kamaruddin Tak Layan Komen Wan Azizah. Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata bahawa beliau tidak perlu melayan komen daripada kepimpinan parti mengenai ketidakhadirannya dalam mesyuarat parti PKR.

“Tidak payah sebut lagi, tidak payah jawab. Ini komen sampingan, saya tidak perlu jawab,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pra Pelancaran Kempen Pemilikan Rumah Mampu Milik (HOC) 2019 di KL Sentral.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas oleh wartawan kenyataan daripada Datuk Seri Wan Azizah Ismail hari ini menasihati Naib Presiden parti itu agar hadir ke mesyuarat PKR.

“YB Zuraida, datang ke mesyuarat,” ujar Wan Azizah selepas merasmikan Kompleks Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) di Universiti Putra Malaysia, pada hari ini.

Zuraida Kamaruddin Tak Layan Komen Wan Azizah


Kemelut berpanjangan antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Zuraida Kamaruddin berlarutan sehingga kini apabila Ahli Parlimen Ampang itu beberapa kali tidak hadir mesyuarat parti  PKR dan menuntut diadakan pertemuan secara berasingan dengan Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Presiden PKR itu enggan melayan tuntutan Zuraida Kamaruddin yang mahu mesyuarat diadakan antara Anwar dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat yang terpilih seperti Azmin Ali dan lain-lain.

Anwar berkata, beliau boleh berjumpa dengan mereka dalam banyak mesyuarat biasa parti PKR yang telah mereka tidak hadir sejak sekian lama. - mg





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi







1 comment:

  1. MAK LAMPIR BOLAYAN JIJAH IKAN SEPAT
    TIMBALAN PM MCM DAH TAK ADE TEMPAT
    ATOK CEMAS GELABAH TAK CAPAI HAJAT
    BANG NON WAK JEMIN PLAK TERLOMPAT2

    KIKIKIKIKI.. JOMM KE TG PIAI..!!

    WAHAI PENDUDUK TG PIAI SEMUA
    MINGGU DOPAN DODAK KORANG SAMPAI
    DEPA BAGI DODAK KORANG SAPU SAJA
    TIME UNDI KASI AJAR SAMPAI LUNYAI
    MAJORITY 10 RIBU KITA CUBA CAPAI

    ... TAK MUSTAHIL 10K MAJORITY KALAU ISU KLAIM EXCO DAP 1.39 JOTA, GAS TOKSIK DI PASIR GUDANG, JERUBU KILANG EXCO ALAM SKITAR TEO YEO BIN, JUAL ASSETS NEGARA & KEMPEN BUY MUSLIM FIRST HENDAKLAH DIGUNAKAN SECARA TEPAT DAN BERKESAN...

    BANYAK ISU LAGI ALAAHAII...!!

    #10KMAJORITY

    UNDI ROSAK LAGI TINGGI MAJORITY
    PUDIN GHUYUP PH PENGARAH STRATEGI
    FULL SWING ALL THE ISSUE KITA KASI
    BIAR TELO ATOK GOYANG MENARI NARI


    KIKIKIKIKIKI...

    BUBBLE TEALIVE VIRAL KERAS MCM GULI
    HARAM DAN BOIKOT TEALIVE SUPPORT

    #BUYMUSLIMPRODUCT

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan