Thursday, 26 September 2019

Yazit Search Meninggal Dunia

Yazit Search Meninggal Dunia. Abang kepada pemain dram Search Yazit Ahmad iaitu Zahid Ahmad mendedahkan mesin bantuan hayat pada adiknya akan dicabut pada bila-bila masa.

“Maklumat terkini mesin bantuan hayat akan dicabut bila-bila masa mulai pukul 8.35 pagi ini.

“Semua dijemput menghadirkan diri ke masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati untuk solat jenazah dan urusan pengebumian sebelum Zuhur.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sakinah KL-Karak (Taman Selasih),” katanya dalam satu kenyataan. 

Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad menghembuskan nafas terakhir jam 11.53 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Perkara itu disahkan kawan rapatnya, Ashaari Mohd Nasir melalui hantaran di Facebook sebentar tadi.

"Innalillahwainnahirajiun.

"Abang Yazit Search Sang Gendang telah menghembus nafas terakhirnya. Dia meninggal dunia jam 11.53 pagi sebentar tadi (26 September 2019) disisi keluarga dan sahabat andainya," katanya.

Difahamkan, arwah pergi selepas bertarung nyawa akibat kecederaan otak berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan.

Menurut adik Yazit, Zahid Ahmad, abangnya akan disembahyangkan di Masjid Salehuddin Al Ayubi Taman Melati manakala uusan pengebumian dijalankan selepas Zohor.

Yazit Search Meninggal Dunia Di HKL


"Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan di Raudhatul Sakinah,Taman Selasih, Selangor," katanya di media sosial.

Mesin bantuan pernafasan ditanggalkan kira-kira jam 11.46 pagi tadi.

Yazit dimasukkan ke HKL kira-kira jam 3 pagi semalam oleh anaknya.

Pada 3 September lalu dia pernah dimasukkan ke hospital sama akibat masalah pernafasan tetapi dibenarkan keluar dua hari kemudian.

Arwah mengadu sesak nafas kepada isterinya, Ramlah Mat pagi kelmarin.

Yazit dibawa ke unit kecemasan HKL dan setibanya di sana jantungnya tiba-tiba terhenti.

Bantuan pernafasan (CPR) dilakukan sebelum Yazit dimasukkan ke Zon Merah untuk diberi rawatan rapi.

Media melaporkan, malam tadi arwah mengalami kesan akibat rawatan CPR yang dilakukan.

Arwah meninggalkan isteri, Ramlah Ahmad, 59, dan tiga anak iaitu Razilah, 38, Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurlis, 29.






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan