Saturday, 21 September 2019

Ustaz Abdul Somad - Ini Kejahatan Luar Biasa

Ustaz Abdul Somad - Ini Kejahatan Luar Biasa. Pendakwah Indonesia, Abdul Somad menyifatkan pihak yang terlibat dengan pembakaran terbuka pada skala besar di Indonesia sehingga menyebabkan berlakunya jerebu teruk telah melakukan kejahatan luar biasa.

Menerusi video klip ceramah terbaharunya kelmarin di Masjid Nur Ilham, Dompak, Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, beliau dengan nada tegas berkata, mereka yang terlibat dengan pembakaran tersebut perlu dikenakan hukuman berat.

"Gara-gara rahmat dicabut, sanggup orang membakar hutan dan 6.7 juta orang (terpaksa) menghirup udara kotor. Rahmat dicabut daripada dalam hati.

"Anehnya yang membakar itu pula solat (sunat) Istisqa meminta kepada ALLAH supaya diturunkan hujan sedangkan yang membakar adalah kamu (dia).

"Saya seumur hidup tidak pernah solat Istisqa. Berbuih orang minta saya solat tersebut. Saya tahu ini bukan kebakaran sebaliknya dibakar. Ini kejahatan. Mereka yang melakukan pembakaran ini mesti digantung di Monas (Monumen Nasional)," katanya.

Sambil berinteraksi dengan hadirin, Abdul Somad turut bertanyakan adakah mereka bersetuju hukuman sama seperti pengedar dadah di ambil terhadap pihak bertanggungjawab melakukan pembakaran.

"Mana lebih berbahaya pengedar syabu atau pembakar hutan? Mereka yang membakar hutan ini memberi kesan buruk kepada bayi.

"Sebentar tadi saya lihat berita, lihat Facebook, orang utan dan ular menjadi korban. Bayangkan itu. Ini adalah kejahatan luar biasa," katanya.

Jelasnya, nenek moyang mereka sebelum ini juga membakar hutan untuk bercucuk tanam seperti menanam padi tetapi tidak pun menyebabkan jerebu.

"Orang yang melakukan pembakaran ini memang jahat luar biasa. Mereka ini tidak boleh dilawan dengan solat sunat Istisqa tetapi dengan hukuman tegas," katanya. - sinar







Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi







No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan