Wednesday, 25 September 2019

Tan Sri Lee Lam Thye Letak Jawatan Di NIOSH

Tan Sri Lee Lam Thye Letak Jawatan Di NIOSH. Kira-kira tiga hari lepas, saya menerima satu panggilan. Tertera nama TS LLThye di skrin telefon bimbit saya. Ia merujuk kepada nama aktivis masyarakat yang terkenal, Tan Sri Lee Lam Thye. Berkali-dia menelefon saya tetapi saya tidak perasan kerana kebetulan telefon sedang dicaj di kamar.

Walaupun saling mengenali, Lam Thye jarang menelefon saya. Kami hanya berbalas WhatsApp jika ada perkara penting yang hendak dibincangkan. Justeru saya tahu, pasti ada perkara mustahak yang ingin beliau katakan.

Saya balas panggilannya. Seperti biasa, beliau terlebih dahulu akan bertanyakan mengenai kesihatan saya. Namun kali ini suaranya tidak ceria seperti biasa. Lemah dan tersekat-sekat. Katanya beliau ingin bersarapan dengan saya, ada perkara hendak dikongsinya. Beliau akan menunggu saya di sebuah kawasan di Bukit Bintang pada pukul 11 pagi.

Keeseokan paginya, saya ke tempat yang dijanjikan. Selepas bersalaman, beliau mempelawa saya duduk. Di depan kami terhidang kopi panas yang sangat kuat aromanya. Wajah Lam Thye ternyata sugul. Muram. Kopi panas dalam cawannya seolah-olah tidak terusik langsung.

” Syahril, selepas saya mengambil keputusan untuk berundur sepenuhnya dalam dunia politik, saya ditawarkan ‘pelbagai peluang’ oleh banyak pihak. Sudah tentu tawaran itu sangat lumayan tetapi saya nekad untuk menjadi aktivis masyarakat kerana itulah jiwa saya.

Tan Sri Lee Lam Thye Letak Jawatan Di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH)


” Percaya atau tidak, antara perkara awal yang saya buat adalah menyertai Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), elaun pun tak ada. Pada tahun 1992, Menteri Sumber Manusia ketika itu , Tan Sri Lim Ah Lek mencadangkan nama saya sebagai ahli lembaga pengarah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH). Saya terima tawaran itu. Saya kemudian dilantik pula menjadi Pengerusi dua tahun kemudian.

” Masa saya jadi wakil rakyat dulu, saya cukup prihatin dengan nasib masyarakat terutama golongan miskin dan golongan pekerja yang ditindas majikan mereka. Sebab itu saya tak anggap selama ini saya bekerja dengan NIOSH, tetapi saya anggap ia adalah ‘passion’ saya,” tegas beliau.

Ketika ini saya melihat beliau agak bersemangat. Panjang lebar beliau bercerita mengenai NIOSH terutama bila beliau dipilih menjadi Pengerusi tidak lama selepas menyertai organisasi itu. - mg


Berita selanjutnya klik di SINI.





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi







No comments:

Post a comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan