Saturday, 14 September 2019

Punca Berlaku Himpunan Penyatuan Ummah

Punca Berlaku Himpunan Penyatuan Ummah. Penyatuan ummah dengan UMNO bukan untuk kepentingan pimpinan parti sebaliknya demi masa depan generasi muda hari ini.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, pihaknya tidak mahu agama Islam di negara ini dijaga oleh generasi yang tiada jati diri dan maruah.

"Kita datang pada hari ini adalah untuk membincangkan tentang masa depan anak cucu kita yang kini duduk dalam buaian dan bermain di taman permainan.

Punca Berlaku Himpunan Penyatuan Ummah. "Malam ini kita berbicang tentang politik dengan harapan ia menjadi bekalan amal apabila kita mati nanti. Rasulullah bersabda tujuh golongan yang mendapat perlindungan ALLAH pada hari akhirat salah satunya adalah pemimpin yang adil," Ceramah Perdana Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Katanya, apa yang berlaku kepada kepada Pas dan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ada hikmahnya dan ada pengajaran boleh diambil.

"Pas pada mulanya menganggap kita mampu dapat 40 kerusi untuk menjadi 'king maker'. UMNO pula anggap pertandingan tiga penjuru akan memberi kelebihan kepada mereka untuk mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen.

"Akhirnya Pas tertiarap, UMNO tersungkur. Kena ingat ALLAH berfirman mungkin perkara yang kamu tidak suka tetapi ia sesuatu yang baik untuk kamu," katanya.

Menurutnya, apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) pada hari ini memberikan keinsafan kepada semua rakyat.

Punca Berlaku Himpunan Penyatuan Ummah


"Tapi kalau UMNO masih berkuasa, saya pun tidak akan sampai di PWTC ini. Mungkin malam ini ceramah saya di tempat lain cerita pasal UMNO.

"Kekalahan UMNO membolehkan kita duduk bersama atas satu pentas malam ini," katanya.

Dari kiri: Idris, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama pimpinan UMNO, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Ahmad Maslan (kanan) di atas pentas Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC malam tadi. 

Beliau turut mendedahkan Pas merupakan parti yang mempunyai prinsip dan mempertahankan Islam. "Kalau dahulu sewaktu dalam Pakatan Rakyat (PR) kita perlu buat terangkan secara baik kepada DAP untuk memasukkan elemen Islam dalam sesuatu dasar tetapi kita ada ketegasan. Itu pun ada orang boleh persoalkan macam mana kita boleh bekerjsama dengan UMNO.

Punca Berlaku Himpunan Penyatuan Ummah


"Kalau dengan Guan Eng yang tidak puasa pada bulan Ramadan saya boleh berkawan, dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang solat Isyak. Kita berkawan dengan sesiapa atas asas Islam," katanya. - sinar






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan