Monday, 23 September 2019

PRK Tanjung Piai : Umno Dan MCA Berebut Kerusi?

Beberapa parti politik menyatakan kesediaan untuk bertanding di kerusi parlimen Tanjung Piai, sehari selepas kematian penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik semalam.

Calon MCA yang tewas pada PRU lalu, Wee Jeck Seng, berkata sedia untuk bertanding sekali lagi di situ, pada masa sama rakan komponen dalam BN, Umno turut menyatakan perkara serupa.

"Sebagai ketua bahagian, saya mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan kerusi itu dan saya sentiasa bersedia," katanya seperti dipetik The Malaysian Insight.

Dia berkata terpulang kepada parti untuk membuat keputusan dan masih terlalu awal untuk menyatakan dia akan dicalonkan atau tidak.

Bagaimanapun Umno Tanjung Piai mendakwa BN tewas di kerusi itu pada PRU lalu kerana MCA enggan melepaskan kawasan tradisinya itu kepada Umno.

Menurut The Malaysian Insight, ketua Umno bahagian itu Jefridin Atan berkata pihaknya dan juga orang Melayu di situ sudah lama menuntut kerusi tersebut dan orang Melayu tidak mengundi BN pada PRU lalu selepas perkara itu tidak berlaku.

"Itu yang menyebabkan Wee kalah sebelum ini. Mereka (Umno Tanjung Piai) sudah tuntut tetapi pimpinan kerajaan ketika itu tidak mahu dengar, jadi mereka memilih parti lawan," katanya seperti dipetik.

PRK Tanjung Piai : Umno Dan MCA Berebut Kerusi?


Sementara itu, Bersatu Johor Mazlan Bujang yakin partinya akan mempertahankan kerusi itu bagi pihak Pakatan Harapan (PH).

"Ada konsensus di kalangan semua parti komponen PH sebelum ini bahawa kerusi parlimen Tanjung Piai milik Bersatu," katanya seperti dipetik the Malay Mail.

Parlimen Tanjung Piai secara tradisi merupakan pertembungan antara MCA dan DAP.

DAP melepaskan kerusi itu kepada Bersatu pada PRU ke-14, yang menyaksikan Md Farid membuat kejutan dengan menang di sana.

Dia menang dengan majoriti 524 undi, apabila mendapat 21,255 undi berbanding Wee (20,731) dan calon PAS Nordin Othman (2,962).

Sebelum itu kerusi itu yang diwujudkan pada 2004 sering dimenangi MCA dengan antara penyandangnya termasuk bekas presiden parti Ong Ka Ting.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaporkan akan mengeluarkan kenyataan berkenaan PRK Tanjung Piai esok, susulan kematian Farid akibat komplikasi jantung, awal pagi semalam. - mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi







1 comment:

  1. BEREBUT KERUSI BIASA LA TU
    PKR DAP PUN BEREBUT DNG BERSATU
    ORANG DAH BENCI ITU DEPA TAHU
    CIPTA TANDING BANYAK PENJURU
    PH TETAP TERSUNGKUR KAT SITU


    KIKIKIKI.. BRING IT ON...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan