Monday, 23 September 2019

Pengakuan Cukai Sukarela LHDN

Pengakuan Cukai Sukarela LHDN. Orang awam tidak perlu takut untuk tampil membuat pembayaran cukai dalam tempoh Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela yang akan berakhir pada 30 September ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memberi jaminan, pihaknya akan menerima maklumat pengakuan pembayar cukai dalam tempoh program khas itu dengan suci hati.

Semakan lanjut atau audit tidak akan dilakukan ke atas maklumat yang dilaporkan.

LHDN tidak mahu rakyat ada perasaan takut dan gentar terhadap agensi itu, sebaliknya mahu dilihat oleh masyarakat sebagai konsultan yang memberikan nasihat dan pendidikan cukai agar pembayar cukai melaporkan pendapatan dan membayar cukai yang sepatutnya sahaja.

Tiada denda atau penalti dikenakan sewenang-wenangnya tanpa usul periksa atau tanpa memberi peluang kepada pembayar cukai untuk menjelaskan secara lebih terperinci situasi mereka. 

Apa yang penting, pembayar cukai berkenaan tampil ke LHDN untuk sesi perbincangan dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah cukai mereka.

Pengakuan Cukai Sukarela LHDN


LHDN percaya orang ramai bersedia untuk membayar cukai kerana mereka tahu bahawa kerajaan akan menggunakan hasil kutipan cukai tersebut demi menjamin kemakmuran dan masa depan Malaysia.

Selepas tempoh program khas ini, apa jua kesalahan cukai yang ditemui akan dikenakan penalti minimum 45 peratus sehingga 300 peratus.

Justeru, LHDN berharap peluang yang diberikan melalui program khas ini dimanfaatkan oleh orang ramai.

Untuk makluman, LHDN juga sedang giat mengumpul maklumat dan pada masa yang sama menerima banyak maklumat berkaitan pembayar cukai.

Sekiranya pembayar cukai yang tidak melaporkan cukai yang sepatutnya tidak mengambil peluang ke atas program khas ini, mereka yang mempunyai isu percukaian akan dapat dikesan oleh LHDN.

Tambahan pula, di bawah inisiatif Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) bagi meningkatkan ketelusan percukaian, mulai tahun ini, Malaysia melaksanakan Pertukaran Maklumat Secara Automatik (AEOI) dengan pihak berkuasa percukaian lain untuk mendapatkan maklumat kewangan yang dapat membantu aktiviti audit dan siasatan mengesan pembayar cukai yang tidak atau kurang melaporkan cukai.

Pengakuan Cukai Sukarela LHDN


Ayuh, laksanakan tanggungjawab sebagai warganegara yang cintakan tanah air dan setiap sen sumbangan anda, adalah demi Malaysia yang tercinta.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela ini, boleh datang ke pejabat LHDN, berdekatan, menghubungi HASIL Care Line di talian, 1-800-88-5436, melayari portal rasmi, www.hasil.gov.my atau anda juga boleh menghantar e-mel ke pengakuansukarela@hasil.gov.my.





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan