Sunday, 29 September 2019

Pendaftaran Pengundi SPR

Pendaftaran Pengundi SPR. Mendaftar untuk menjadi pengundi boleh dikatakan sesuatu yang agak rumit sebelum ini. Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan perlu membuka kiosk atau meja pendaftaran, dan orang ramai perlu melawat kiosk tersebut untuk mendaftar secara manual.

Bukan itu sahaja, pendaftar juga perlu menunggu selama beberapa bulan sebelum status mereka menjadi seorang pengundi yang sah. 

Dua hari selepas kerajaan Malaysia mengumumkan umur pengundi sah diturunkan kepada 18 tahun, pihak SPR mengumumkan bahawa mereka telah membuka laman web pendaftaran pengundi hari ini yang dinamakan MySPR Daftar.

Pendaftaran melalui laman web tersebut adalah cukup mudah. Mereka perlu mendaftar akaun pengguna MySPR Daftar, menerima e-mel pengaktifan akaun tersebut, dan kemudiannya mengisi Borang A (Pendaftaran Pemilih).

Pendaftaran Pengundi SPR Secara Online


Laman web ini juga boleh digunakan untuk mengubah alamat mengundi anda jika anda sudahpun berdaftar sebagai seorang pengundi. 

Proses pendaftaran dan penukaran alamat semuanya juga hadir dengan lengkap di laman web tersebut.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun turut mengatakan bahawa pihak SPR sedang berusaha untuk menjadikan pendaftaran pengundi automatik satu kenyataan, dan mengatakan perkara ini akan mengambil satu jangkamasa.

Pendaftaran Pengundi SPR Secara Online


Tetapi beliau berharap bahawa ia akan menjadi kenyataan sebelum Pilihanraya Umum Ke-15 kelak.


Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan