Saturday, 7 September 2019

Penamatan Skim Pencen Satu Pengkhianatan Kepada Penjawat Awam

Penamatan Skim Pencen Satu Pengkhianatan Kepada Penjawat Awam. Penamatan skim pencen sekiranya dilaksanakan merupakan tindakan zalim dan pengkhianatan kepada kakitangan awam di negara ini, kata anggota parlimen Kapar, Abdullah Sani.

"Walaupun sebenarnya ia telah dicadangkan sewaktu pentadbiran BN sebelum ini namun ia tidak patut dibangkitkan sekarang malah perlu dilenyapkan dari agenda kerajaan.

"Maksud penamatan skim ini bukanlah menghentikan pemberian pencen kepada penerima sedia ada, tetapi tiada lagi pengambilan pekerja sektor awam secara tetap dan ia digantikan dengan pengambilan secara kontrak.

"Ini adalah pengkhianatan kepada pekerja sektor awam di bumi Malaysia yang tercinta ini," katanya dalam satu kenyataan.

Penamatan Skim Pencen Satu Pengkhianatan Kepada Penjawat Awam


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Borhan Dolah baru-baru ini berkata kerajaan mungkin tidak lagi mengambil kakitangan tetap dan berpencen menjelang 2020.

Menurutnya mulai tahun depan, lantikan baru dalam perkhidmatan awam sebaliknya akan digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambah baik.

Skim lantikan kontrak baru itu, yang kini sedang diperhalusi, dikatakan bakal menawarkan gaji lebih menarik serta kebajikan, perlindungan dan jaminan yang lebih baik.

Abdullah bagaimanapun berkata pencen merupakan tanda terima kasih dan penghargaan kepada jasa kakitangan awam yang telah mencurahkan khidmat mereka kepada negara ini.

"Seandainya cadangan ini dianggap sebagai langkah penjimatan belanja mengurus, maka saya dengan tegas katakan dan kerajaan harus ingat ia adalah tindakan yang paling zalim dan saya tidak akan diam membisu seribu bahasa," tegas Abdullah.

Penamatan Skim Pencen Satu Pengkhianatan Kepada Penjawat Awam


Menurutnya lagi beliau akan memastikan pihak yang terbabit menjawab kepada kakitangan di sektor awam.

"Seharusnya rundingan dengan segala pihak yang berkaitan wajib diadakan demi mencapai keputusan yang menjaga semua pihak di samping kebajikan pekerja terbela," katanya. - mk






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi










2 comments:

  1. ROBERT MUGABE MATI SEMALAM UMOR DIA 95 TAHUN DI HOSPITAL SINGAPORE YANG BERSEBELAHAN MALAYSIA SALAM MALAIKAT MAUT KIRA DAH DEKAT SANGAT DAH TU...

    JANGAN JADI LIDAH BERCABANG TAUBAT LA....


    KIKIKIKI..


    Dulu Si-Lidah Bercabang Melayu Mudah Lupa hari ini mengatakan 'Melayu Tak Pernah Berubah' Pulak Dahh..!! - Sabotaj dan Spinn #HPU914 sedang dimainkan.

    Tun Melayu Mudah Lupa, apabila Tun dan Anwar melaksanakan Dasar Penswastaan, ada ramai Melayu mendapat keistimewaan dari dasar ini, mereka terus menjadi kaya raya dengan gaji yang besar, tidak perlu berusaha...kaya raya kroni anakcucu ratus berbillion. Bila rugi duit rakyat diguna KWSP, Amanah Pencen. TH, LTAT dll untuk Bailout syarikat anak cucu oleh Mudah Melayu Lupa .. oohh mungkin dah renta nyanyuk sebab itu cepat lupa.

    Serupa juga mereka diletakkan di zon selesa apabila Tun dan Anwar memberi Bumiputera Pink Form, satu polisi yang memberikan kekayaan “overnight“, adakah polisi-polisi ini mewujudkan bangsa yang berusaha?

    LAGI PENGHINAAN 'MELAYU TAK PERNAH BERUBAH'
    TUDUHAN DARI MULUT RENTA BAU LONGKANG USANG
    DULU 'MELAYU MUDAH LUPA' DIJAJA RENTA HARAMJADAH
    NAK SABOTAJ #HPU914 MINGGU DEPAN MULA DI DENDANG

    Sebelum Tun menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, polisi kerajaan membolehkan orang Melayu membuka ladang, bercucuk tanam dan nelayan, orang Melayu berusaha untuk meningkatkan diri bukan dengan cara senang, mereka terus membanting tulang empat kerat untuk hidup dan membesarkan anak-anak.

    Tun, semasa zaman itu, Tun telah gagal mewujudkan polisi agar orang Melayu menjadi peniaga, gagal mengekang bangsa Cina dari menipu kerajaan dalam tender-tender dan pelbagai dasar yang telah memberikan keuntungan kepada kaum Cina.

    ROBET MEGABE KAWAN BAIK SI LIDAH BERCABANG
    UMO 95 TAHUN MENINGGAL DOONIA PADA HARI INI
    ADE SEKO LAGI 94 TAHUN #HPU914 DIA NAK SAILANG
    INGAT LAH KAT KAWAN 95 YG MATI TUHH.. ESOK DIA DI KEBOMI.!

    KIKIKIKIKI...!!

    Sehingga hari ini Tun gagal dalam membuat polisi membina untuk mewujudkan perniagaan yang boleh di rebut oleh orang Melayu!!

    MACAI TERKESIMA MELAYU TAK PERNAH BERUBAH DIDENDANG
    KALIMAT KUNO DAN USANG DI RECYCLE NYA SEMULA
    #HPU914 SI RENTA MULA SABOTAJ CUBA DI SAILANG
    PEDULIKAN SAJA HINAAN & CERCAAN MELAYU MUDAH LUPA

    Tun, apabila Tun melancarkan Satelit Razaksat, siapa yang mendapat nikmat?

    Ananda Krisnan mendapat Maxis, mana ada orang Melayu mendapat keistimewaan begitu baik, mereka dimomokkan dengan Celcom yang mana ia adalah GLC.


    #BUYMUSLIMFIRST
    #HPU914ISLAMBERSATU

    ReplyDelete
  2. KEPALA PEROMPAK NEGARA TAHU ATAU TIDAK ANAKNYA SEDANG MENYAMUN..!?

    SELEPAS ITU ATOK RECYCLE BALIK KALIMAT "MELAYU MUDAH LUPA" PADA KALIMAT "MELAYU TAK PERNAH BERUBAH" PROJEK SAILANG@HIJACK HIMPUNAN PERPADUAN UMAH #HPU914

    Mukhriz Mahathir menyamun 1,000 hektar tanah konsesi balak di Sarawak pada 1994, Mukhriz jawab dia “hanya tolong kawan dan itu cerita lama, dah lupa”.

    Sama macam skandal Forex lebih RM 30 billion melibatkan Tun Mahathir Mohamad, juga Tun Mahathir jawab “Tak ingat, tak tahu, tak siapa beritahu”

    Mereka dua beranak mudah lupa diri, tapi kalau bab orang lain, mereka boleh kerah polis "panjat siling rumah Tun Rahah" untuk kononnya cari duit Najib Razak curi!

    Itulah kisah Tun Mahathir anak beranak yang bertaraf billionaire dan tak tahu malu.

    It's ok lah..Tidak mengapalah. Letak sebelah dulu cerita lama, kita bercakap pula tentang skandal OPCOM terkini.

    Baru-baru ini pada 28 Ogos 2019, Kabinet PH umumkan kelulusan peruntukan RM21.6 billion untuk national connectivity plan dan saya ada menulis bahawa ianya adalah untuk kepentingan syarikat Opcom milik anak Tun Mahathir.

    Tapi 4 hari lalu pada 4 September 2019, Gobind Singh Deo nafikan ianya projek mega dan Opcom (syarikat Mukhriz) bukanlah satu-satunya syarikat yang mendapat faedah dari peruntukan RM21.6 billion tersebut.

    Maka kencing PH semakin berdarah nanah.!

    KIKIKI.. PANJAT SILING CARI DUIT
    FITNAH BOSSKU DAH MAKIN BERNANAH
    SEMUA BUKTI MAKIN KE LAUT PODAHCITT.!
    ANAK MENYAMUN BAPAK YANG MENGARAH..

    Dari maklumat yang diperolehi dari data Bursa Malaysia, Mukhriz telah menjual sahamnya di Opcom dalam 3 urusniaga berasingan selepas pengumuman peruntukan RM 21.6 billion untuk national connectivity plan yang menyaksikan saham Opcom naik mencanak!

    ADA HATI CAKAP "MELAYU TAK PENAH BERUBAH"
    KALIMAT MOMOKAN SI RENTA MELAYU MUDAH LUPA
    AWAS PROJEK SAILANG #HPU914 PEMERINTAH
    #BUYMUSLIMPRODUCT AYOH TERUSKAN SEGERA

    Mokhzani juga telah melepaskan semua jawatan di Opcom 2 dan bulan sebelum pengumuman RM 21.6 billion.

    Kesimpulanya sekarang Melayu"Siapa Yang Tak Pernah Berubah" sebenarnya..!!??


    #buymuslimfirst
    #HPU914

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan