Sunday, 29 September 2019

Pemilihan Semula Amanah Perak

Pemilihan Semula Amanah Perak. Parti Amanah Negara (Amanah) Perak menjangkakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan semula jawatankuasa melibatkan 12 kawasan yang dibatalkan, akan diadakan serentak November ini tanpa sebarang isu berbangkit.

Pengerusinya Asmuni Awi berkata, 12 kawasan yang terlibat adalah Gopeng, Batu Gajah, Beruas, Kampar, Parit, Parit Buntar, Pasir Salak, Sungai Siput, Tanjung Malim, Tapah, Taiping dan Bagan Serai.

Katanya antara sebab mesyuarat agung dan pemilihan semula perlu dilakukan, adalah kerana terdapat cawangan di dalam kawasan terlibat, masih belum didaftarkan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

“Cawangan-cawangan itu pada awalnya dianggap sudah didaftarkan pihak kawasan terlibat, tetapi rupanya tidak.

“Jadi apabila cawangan yang tidak didaftarkan itu terlibat dalam mesyuarat kawasan, ia telah menjejaskan keputusan. Itu yang menyebabkan mesyuarat perlu dilakukan semula,” katanya dalam sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Pada 24 Sept lalu, Setiausaha Amanah Perak, Salman Salleh memaklumkan sekurang-kurangnya 12 kawasan Amanah di Perak, perlu mengadakan semula mesyuarat agung tahunan dan pemilihan Jawatankuasa mereka oleh RoS.


Pemilihan Semula Amanah Perak Bermula November 2019


Beliau turut memaklumkan masalah itu menyebabkan parti terpaksa menangguhkan Konvensyen Amanah Perak yang dijadualkan pada 19 dan 20 Okt ini, bagi memberi laluan kepada mesyuarat agung dan pemilihan semula itu.

Ditanya jika pemilihan semula itu dipersetujui semua pihak atau sebaliknya, Asmuni berkata, isu berkenaan tidak berbangkit memandangkan 12 kawasan terbabit boleh menentukan sama ada mengekalkan senarai jawatankuasa sedia ada atau melakukan pemilihan baharu.

“Kalau mereka nak guna pakai balik keputusan lama (senarai ahli jawatankuasa sedia ada), mereka kena buat satu resolusi yang majoritinya bersetuju dengan keputusan itu. Kalau nak buat pemilihan barupun ia tidak menjadi masalah,” katanya. - md



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

2 comments:

  1. pemilihan semula maka yg kalah spt nizar akan dimenangkan dan semua barua DAP akan di menangkan semula..


    alahai...!!

    ReplyDelete
  2. Barua MCA ke yg komen 14:40 tu?
    Alahai...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan