Friday, 6 September 2019

Malaysia vs Indonesia : Syed Saddiq Terperangkap

Malaysia vs Indonesia : Syed Saddiq Terperangkap. Pihak polis Indonesia menembak gas pemedih mata bagi meleraikan kekecohan selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 antara Malaysia dan skuad Garuda di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta malam ini.

CNN Indonesia melaporkan pihak polis melepaskan gas pemedih mata dari pintu masuk VVIP ke arah penyokong di pintu utama stadium dan menyeru orang ramai di kawasan itu supaya bersurai.

Menurut laporan itu lagi, terdapat penyokong Indonesia yang melemparkan benda seperti galah "dari luar pagar besi tempat di mana pendukung memperlihatkan tiket."

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan yang menyaksikan perlawanan malam ini membuat hantaran di media sosial mengenai keadaan di dalam Stadium Gelora Bung Karno.

Malaysia vs Indonesia : Syed Saddiq Terperangkap


"Objek besi, botol dan suar dicampak kepada kami beberapa kali. Terdapat juga beberapa penyokong Indonesia juga cuba merempuh kawasan Malaysia dan perlawanan terpaksa dihentikan seketika.

"Saya dimaklumkan FAM bahawa mereka akan membuat aduan rasmi kepada FIFA. Saya juga akan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatan saya di sana," katanya di Instagram.

Menjelaskan lanjut, Syed Saddiq berkata penyokong Malaysia masih menunggu keadaan di luar stadium reda.

"Keselamatan pemain dan penyokong Malaysia adalah keutamaan saya.

"Ketika ini saya masih lagi bersama-sama dengan penyokong Malaysia ditempatkan di dalam stadium sementara menanti keadaan di luar reda sebelum kami boleh pulang," jelas menteri lagi.

Malaysia vs Indonesia : Syed Saddiq Terperangkap


Pada perlawanan malam ini Malaysia bangkit daripada ketinggalan dua kali dan berjaya menewaskan Indonesia 3-2 pada aksi sulung pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Mohamadou Sumareh menyumbat gol kemenangan pada masa kecederaan lantas menyumbang tiga mata berharga kepada skuad Harimau Malaya.

Sumareh menjaringkan gol pertama Malaysia pada minit ke-37, manakala gol kedua melalui Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-66, sementara Alberto Goncalves menjaringkan gol buat Indonesia pada minit ke-12 dan 39.

Kemenangan itu sekali gus menamatkan kemarau kemenangan selama 15 tahun di stadium itu sejak 2004 apabila menumpaskan Indonesia 2-1 pada peringkat separuh akhir Piala AFF.


Malaysia vs Indonesia : Syed Saddiq Terperangkap


Selain Indonesia, Malaysia turut diundi bersama Vietnam, Thailand dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam Kumpulan G. - mk







Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi









1 comment:

  1. Tahniah Pasukkan Malaysia... but not for Mentri Sokan


    kikikikiki..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan