Thursday, 12 September 2019

Kisah Hidup BJ Habibie

Kisah Hidup BJ Habibie. Indonesia berduka, apabila Presiden Republik Indonesia ke-3, Bacharudin Jusuf Habibie Presiden ketiga Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie meninggal dunia, semalam.

Menerusi laporan Kompas, beliau meninggal di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat (RSPAD), Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.

Perkara itu dimaklumkan anak lelakinya, Tharef Kemal bahawa bekas presiden itu meninggal dunia pada jam 6.01 petang (waktu Indonesia Barat) selepas menjalani rawatan insentif sejak dimasukkan ke hospital 1 September lalu.

Sementara itu, Presiden Joko Widodo berkata, BJ Habibie ialah seorang negarawan yang sepatutnya menjadi contoh.

"BJ Habibie sentiasa hadir dan memberi nasihat apabila negara menghadapi masalah yang berkaitan dengan politik ekonomi dan sosial," katanya.

Kisah Hidup BJ Habibie 


Manakala Gebenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa menyifatkan, BJ bukan sahaja tokoh penyayang malah yang memberikan inspirasi kepada seluruh rakyat Indonesia.

"Selain tokoh yang unggul dalam bidang sains dan teknologi, Habibie juga dikenali sebagai tokoh romantis dan penyayang.

"Tokoh BJ Habibie ialah tokoh rujukan teladan dalam bidang pembangunan sains dan teknologi serta kepercayaan dan ketaatan (Imtaq)," katannya.

BJ Habibie, 83, ialah presiden Indonesia ketiga, menggantikan Presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Oktober 1999.

Kisah Hidup BJ Habibie 


Pada Mac 2018, BJ Habibie pernah menjalani rawatan intensif di Munich, Jerman akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung, paru-paru dan ‘asphyxia’. -  sinar




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan