Saturday, 14 September 2019

Khalid Ismath Ditahan Hina Raja Permaisuri Agong?

Khalid Ismath Ditahan Hina Raja Permaisuri Agong?Seorang ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap malam tadi dalam siasatan polis ke atas dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Khalid Ismath ditangkap pada 10.30 malam di rumahnya di Klang dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di ibu negara untuk direman.

Khalid Ismath Ditahan Hina Raja Permaisuri Agong? Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan berkata bekas ketua Pemuda PSM itu ditahan atas tuduhan bawah Seksyen 4(1)(b) dalam siasatan berkaitan dengan catatan Twitter yang didakwa dibuat terhadap Tunku Azizah.

“Khalid sebelum ini sudahpun menafikan beliau menulis apa-apa di Twitter terhadap Raja Permaisuri Agong,” katanya dalam kenyataan.

Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman membuka siasatan bawah Akta Hasutan selepas menerima satu laporan berhubung penghinaan terhadap Raja Permaisuri Agong.

Khalid Ismath Ditahan Hina Raja Permaisuri Agong?


Laporan itu dipercayai dibuat selepas Tunku Azizah menyahaktif akaun Twitter.

Penutupan akaun itu menjadi perbualan di media sosial, dan sestengah pengguna percaya ia ada kaitan dengan beberapa komen yang didakwa dibuat terhadap Tunku Azizah.

Bagaimanapun, Tunku Azizah hari ini dilapor berkata akaun Twitter itu ditutup atas sebab peribadi dan tidak sedar tentang komen-komen tersebut.

Arutchelvan merujuk kepada kenyataan Tunku Azizah itu dan mengingatkan kerajaan akan pendirian Pakatan Harapan terhadap Akta Hasutan.

Khalid Ismath Ditahan Hina Raja Permaisuri Agong?


“Penggunaan akta ini secara berterusan merupakan satu pencabulan hak asasi manusia dan ia harus dihentikan,” katanya. - fmt




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan