Friday, 20 September 2019

Kerajaan Penyatuan Ummah Dalam Masa Terdekat?

Kerajaan Penyatuan Ummah Dalam Masa Terdekat? Selepas memeterai Piagam Muafakat Nasional, Umno dan PAS dilihat perlu percepatkan kerajaan campuran di negeri-negeri yang dikuasai mereka, kata penganalisis politik.

Dr Kamarul Zaman Yusof berpendapat, idea kerajaan campuran oleh kedua-dua parti itu adalah lebih baik dipercepatkan kerana menurutnya ia akan menghilangkan keraguan pihak-pihak tertentu, termasuk sesama ahli sendiri.

"Dalam keadaan sekarang Umno wajar dipuji kerana dilihat lebih bersedia membentuk kerajaan campuran dengan awal-awal lagi mencadangkannya berbanding PAS yang masih menunggu masa dan aturan yang sesuai.

"Tidak dinafikan akan ada yang terjejas bila kerajaan campuran terbentuk kerana sudah pasti penyandang jawatan tertentu terpaksa memberi laluan kepada parti rakan.

"Begitupun, inilah namanya pengorbanan yang amat diperlukan bagi membuktikan kedua-dua parti benar-benar serius mahu menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu, Presiden PAS memberi isyarat bahawa ada perancangan untuk menjadikan Umno sebagai rakan kerjasama dalam kerajaan negeri yang ditadbir parti itu iaitu di Kelantan dan Terengganu.

Perkara itu kemudiannya turut disambut baik oleh negeri-negeri yang ditadbir Umno seperti Perlis dan Pahang sambil menekankan perbincangan terperinci mengenai usaha itu perlu dilakukan oleh pimpinan tertinggi parti.

Pertukaran mudah

Sementara itu Kamarul Zaman yang juga pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, tidak susah untuk memutuskan pihak yang perlu berundur kerana menurutnya sudah ada contoh baik pada waktu pembentukan kerajaan campuran pada 1973 dahulu yang dibuat secara undian dalam mesyuarat parti.

Kerajaan Penyatuan Ummah Dalam Masa Terdekat? 


Menurutnya, tidak menjadi kesusahkan juga untuk memutuskan jumlah kerusi exco kerajaan negeri atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang perlu diserahkan kepada parti rakan kerana menurutnya masing-masing mempunyai dua negeri yang boleh ditukar suka sama suka.

"Berdasarkan semangat ta'awun, tidak perlu dibuat perkiraan yang sulit ke atas agihan jawatan dan kerusi, cukuplah dengan pertukaran mudah seperti dua atau tiga exco di negeri dikuasai Umno dengan dua atau tiga ecxo di negeri dikuasai PAS.

"Jika perkara mudah begini pun sukar dilakukan dengan cepat maka ia boleh menyebabkan lawan mereka terus mempermainkan keikhlasan dan kesungguhan mereka bekerjasama.

"Cadangan saya ialah buat sahaja dahulu kerajaan campuran ini dan apa-apa masalah yang berbangkit daripadanya boleh sahaja diselesaikan sedikit demi sedikit kemudiannya," jelasnya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali pula melontarkan pendapat yang sebaliknya.

Beliau berkata, pembentukan kerajaan campuran itu bukan keperluan yang mendesak walaupun menurutnya PAS menunjukkan keazaman yang tinggi dalam membawa konteks penyatuan nasional itu.

"Saya jangka akan timbul kerumitan jika cadangan itu dilaksanakan. Ini kerana pelaksanaan akan dibuat memasuki pertengahan penggal.

"Persoalannya, adakah keanggotaan ahli majlis mesyuarat kerajaan (exco) akan ditambah? Jika demikian, akan meningkat perbelanjaan negeri-negeri pembangkang yang sememangnya nazak, atau adakah exco-exco asal akan digugurkan dan diganti dengan exco dari parti dalam muafakat?" ujarnya.

Mengulas lanjut katanya, jika keadaan demikian dilaksanakan sudah pasti akan timbul ketidakpuasan hati mana-mana pihak.

Kerajaan Penyatuan Ummah Dalam Masa Terdekat? 


"Ini pasti akan menimbulkan konflik, kecuali ia sudah dibincang atau dirancang sejak sebelum pilihan raya umum (PRU) dan telah dipersetujui bersama.

"Daripada track record, misalnya hubungan Semangat 46 dan PAS dalam PRU 1990 terbukti konsep kerajaan campuran gagal. Berlaku perebutan kuasa yang tak terkawal antara kedua-dua parti ini.

"Putusnya hubungan Semangat 46 dan PAS banyak berpunca daripada kegagalan untuk membahagikan kuasa dan jawatan selepas wujudnya kerajaan campuran," kata Mazlan. - mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi







1 comment:

  1. ELOK SANGAT PERCEPATKAN KERAJAAN PENYATUAN NASIONAL

    Ini tahap dan quality pemikiran pemimpin PH.. ada high quality akademik bangang pulak bertindak... yang low class akademik genral degree asyik sibuk nak jdi PM ke 8, yang fake degree dan sijil palsu.. lu orang fikir la sindri..

    kikikiki...
    Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof aka Pak Wan Kereta Terbang pula berkata :

    "Kebanyakan usahawan yang memohon bantuan kerajaan dikatakan tidak mempunyai daya tahan dan ilmu untuk memasuki dunia perniagaan"

    Apa maksud Pak Wan Kereta Terbang?

    Apakah beliau ingin menghentikan semua bantuan @ geran keusahawanan yang selama ini dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan kepada golongan Bumiputera?

    Di satu pihak, Menteri Hal Ehwal Ekonomi mengatakan kerajaan komited membantu golongan B40 manakala di satu pihak yang lain, Menteri Pembangunan Usahawan pula mengatakan kerajaan bercadang menghapuskan geran untuk golongan Bumiputera!!!

    Atau apakah Azmin dan Pak Wan Kereta Terbang berpendapat dengan menghapuskan geran untuk golongan Bumiputera adalah salah satu agenda membantu golongan Bumiputera?

    Adakah dengan memberikan alasan bahawa kerana ada segelintir golongan Bumiputera yang berniaga berkonsepkan Ali Baba maka semua golongan Bumiputera perlu dihukum dengan menghentikan bantuan...

    Dan apakah langsung tidak ada kes di mana geran yang dikeluarkan kepada bangsa Cina, India atau lain-lain bangsa pernah atau telah disalahgunakan?

    Pak Wan Kereta Terbang dengan dangkalnya mengatakan usahawan yang memohon bantuan kerajaan tidak mempunyai daya tahan dan ilmu untuk memasuki dunia perniagaan...

    Jadi adakah kerana mereka ini tidak mempunyi ilmu maka bantuan perlu dihentikan?

    Bukankan sepatunya kerajaan bertanggungjawab untuk mencari jalan memberikan mereka ini ilmu atau membimbing dan bukannya mengambil langkah menghukum...

    Sangat jelas pada kita Pak Wan Kereta Terbang tidak mendapat gambaran yang jelas tentang status ushawan Bumiputera di akar umbi...

    Macai melayu dalam PH tolong 'update' Pak Wan Kereta Terbang skett..!!

    Bodoh melantun lantun..!!

    haah tepukkkk

    #buymuslimfirst

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan