Friday, 27 September 2019

Keputusan Inkues Adib

Keputusan Inkues Adib. Mahkamah Koroner Shah Alam dijangkakan membuat keputusan berhubung inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim hari ini.

Seramai 30 saksi inkues memberi keterangan sepanjang prosiding 41 hari bermula 11 Februari lalu walaupun kerajaan telah mengumumkan mengenai penubuhan inkues tersebut pada 27 Disember 2018.

Yang terlibat inkues tersebut termasuk saksi awam di tempat kejadian, rakan setugas Allahyarham Adib, angggota pasukan keselamatan serta kakitangan dan saksi pakar seperti ahli perubatan yang merawat Allahyarham .

Antara yang menarik perhatian sepnjang inkues tersebut ialah saksi inkues ke-24, Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi yang memberitahu pada 24 Mac lalu bahawa kecederaan Adib tidak padan dengan kecederaan dipukul.

Bagaimanapun, kenyataan saksi inkues ke-29, bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi, Prof Dr Shahrom Abd Wahib pada 9 April lalu menghangatkan lagi proses inkues tersebut.

Keputusan Inkues Muhammad Adib Mohd Kassim Hari Ini


Dr Shahrom menyatakan Adib kemungkinan besar ditarik keluar dari van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan terhimpit antara dua pintu sebelum dihentak hingga menyebabkan tujuh tulang rusuknya patah.

Kejutan seterusnya ialah apabila peguam Syazlin Mansor menarik diri daripada mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada hari ke-37 prosiding.

Tindakannya itu selepas mendakwa menerima tekanan pihak tertentu. Walau bagaimanapun, Syazlin masih mewakili keluarga Adib dalam prosiding tersebut.





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan