Jadual Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan 2019. Berikut adalah jadual bayaran pencen bagi tahun 2019 untuk rujukan pesara kerajaan sepertimana disiarkan di Portal Rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan (Portal Pencen) JPA.
Bagi pesara / penerima pencen yang memilih Skim A, bayaran pencen akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank setiap bulan secara automatik sekiranya, sama seperti pembayaran gaji kakitangan awam.
Manakala bagi Skim B, pesara atau wakil mesti hadir ke bank setiap bulan untuk menandatangani borang tuntutan pencen sebelum bayaran boleh dikreditkan ke dalam akaun.
Pesara boleh menyemak dan mencetak slip penyata bayaran pencen secara online menerusi aplikasi Semakan Penyata Pencen di sini.
Jadual Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan 2019
Bulan | Tarikh Bayaran | Hari | Catatan |
---|---|---|---|
Januari | 22.01.2019 | Selasa | --- |
Februari | 21.02.2019 | Khamis | Tahun Baru Cina 5 & 6 Februari 2019 (Selasa & Rabu) |
Mac | 21.03.2019 | Khamis | --- |
April | 24.04.2019 | Isnin | --- |
Mei | 21.05.2019 | Selasa | Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2019 (Khamis & Jumaat) |
Jun | 24.06.2019 | Isnin | Hari Gawai 1 & 2 Jun 2019 (Sabtu & Ahad) Hari Raya Puasa 5 & 6 Jun 2019 (Rabu & Khamis) |
Julai | 22.07.2019 | Isnin | --- |
Ogos | 19.08.2019 | Isnin | Hari Raya Haji 11 Ogos 2019 (Ahad) |
September | 23.09.2019 | Isnin | --- |
Oktober | 14.10.2019 | Isnin | Hari Deepavali 27 Oktober 2019 (Ahad) |
November | 21.11.2019 | Khamis | --- |
Disember | 16.12.2019 | Isnin | Hari Krismas 25/12/2018 |
Untuk maklumat terkini tentang tarikh bayaran pencen bulanan bagi tahun 2019, sila muat turun jadual bayaran pencen asal di sini.
Jadual Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan 2019
Semoga maklumat Jadual Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan 2019 ini berguna buat rujukan para pesara perkhidmatan awam atau wakil dalam merancang bajet dan perbelanjaan.
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..