Sunday, 15 September 2019

Isi Kandungan Piagam Muafakat Nasional

Isi Kandungan Piagam Muafakat Nasional. Umno dan PAS akhirnya memeterai piagam kerjasama, yang dinamakan Piagam Muafakat Nasional, di Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putran (PWTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Ia selepas presiden kedua-dua parti, Ahmad Zahid Hamidi dan Abdul Hadi Awang, menyampaikan ucapan masing-masing.

Isi Kandungan Piagam Muafakat Nasional. Di depan lebih 1,000 perwakilan dua parti itu, piagam tersebut dibaca bersama oleh Setiausaha Agung Umno Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Pada masa sama 5,000 lagi memenuhi kawasan luar Dewan Merdeka di ibu pejabat Umno itu.

Annuar dilihat sebak dan hampir menitiskan air mata ketika membaca piagam tersebut, yang antara lain menggariskan matlamat kerjasama - atau taawun siyasi - dua parti terbesar orang Melayu itu.

Piagam tersebut kemudian ditandatangani Zahid dan Hadi, sambil diiringi lagu Teman Sejati dendangan kumpulan nasyid Brothers.

Pemeteraian itu disaksikan pemimpin utama kedua-dua parti. Ia kemudian disambut laungan takbir oleh hadirin. 

Isi Kandungan Piagam Muafakat Nasional


Maka dengan ini, UMNO dan PAS, menginsafi kewajipan-kewajipan untuk:

MENJUNJUNG DAN MEMPERTAHANKAN keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara;

MEMPERKUKUHKAN Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.

MEMPERKASAKAN agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.

MEMBENTUK KERJASAMA dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

MENGIKHTIARKAN secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan.

Isi Kandungan Piagam Muafakat Nasional


Justeru, marilah kita semua rakyat berganding bahu mendukung Muafakat Nasional Demi Malaysia yang Sejahtera.

DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI DAN DATUK SERI ABDUL HADI AWANG

- Harian Metro






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi






1 comment:

  1. Pas dah bergabung dgn berbagai pihak sebelum ini. Bila berpisah, mcm2 kata kesat dilemparkan terhadap bekas pasangannya. Apa bezanya kali ini? Cuma umno amat terdesak ingin dapatkan semula kuasa demi dedak yg kehabisan....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan