Saturday, 28 September 2019

Cara Mendaftar Skim MySalam Perlindungan Nasional B40

Cara Mendaftar Skim MySalam  Perlindungan Nasional B40. Proses pendaftaran dan tuntutan secara dalam talian bagi skim perlindungan kesihatan nasional, mySalam, untuk golongan B40 dijamin mudah, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Katanya, laman web rasmi skim mySalam di pautan www.mysalam.com.my telah mula beroperasi semalam.

“Perlindungan di bawah skim ini telah bermula 1 Jan manakala pendaftaran dan perkhidmatan  sokongan pelanggan akan beroperasi mulai 1 Mac,” katanya pada sidang media memaklumkan pengoperasian laman web rasmi mySalam.

Skim mySalam menawarkan perlindungan kesihatan secara percuma kepada penerima B40 yang layak untuk 36 penyakit kritikal sehingga RM8,000 dan memberi bayaran harian sebagai pendapatan gantian semasa rawatan hospital untuk tempoh maksimum 14 hari setiap tahun pada kadar RM50 sehari atau bersamaan  RM700 setahun.

Cara Mendaftar Skim Mysalam


Inisiatif itu adalah hasil kerjasama kerajaan dengan syarikat insurans, Great Eastern Holdings, yang menyumbang caruman dana permulaan RM2 bilion ke dalam dana amanah, mySalam.

Rakyat yang mendapatkan rawatan di mana-mana hospital kerajaan boleh membuat permohonan namun tertakluk kepada syarat bahawa mereka berpendapatan rendah.

Tuntutan skim mySalam juga boleh dibuat di agensi-agensi yang akan diumumkan dalam laman web serta di hospital kerajaan.

Mengenai isu keselamatan data penerima mySalam, semua data yang diambil adalah terpelihara di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).

Mengenai rungutan jumlah RM8,000 dianggap tidak mencukupi bagi menampung kos rawatan 36 penyakit kritikal, Lim berkata perlindungan insurans yang pertama seumpamanya itu adalah usaha terbaik yang dapat dilakukan kerajaan pada hari ini untuk membantu golongan kurang bernasib baik.


Cara Mendaftar Skim MySalam


“Ini satu jaringan keselamatan yang tidak pernah ada sebelum ini dan adalah inisiatif kerajaan baharu bagi membantu mereka yang terjejas pendapatan (akibat ditimpa penyakit),” katanya. 

Cara Mendaftar Skim MySalam  Perlindungan Nasional B40 sila klik di https://www.mysalam.com.my/b40/info/






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan