Cara Mendaftar Kad Perak Prihatin. Kerajaan negeri telah melancarkan Kad Prihatin Perak yang merangkumi kad makanan sebanyak RM80 sebulan dan kad kesihatan sebanyak RM300 kepada 17,000 penerima.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, mungkin masalah ketidakcukupan akan timbul apabila kad tersebut digunakan, namun kerajaan negeri terus bertekad untuk berkerja dengan lebih kuat bagi mendapatkan pendapatan yang lebih bagi untuk membantu meningkatkan nilai tersebut.
“Kerajaan negeri mahu mendaya upayakan rakyat tetapi diharapkan dapat menyediakan nilai yang lebih tetapi buat masa ini RM80 dilihat kecil tetapi nilai tersebut sangat bermakna kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
“Kerajaan negeri berpendirian untuk membantu mengikut kemampuan yang ada mengikut keperluan iaitu seramai 17,000 penerima setakat ini dan akan sentiasa mencari jalan untuk membantu melebihi nilai RM80 itu.
“Kita juga tidak mahu memberikan nilai yang tinggi seperti RM200 atau RM500 kononnya untuk menyenangkan rakyat tetapi kerajaan terpaksa mencari dahulu sumber dan entah bila pelancaran seperti itu akan dilancarkan ,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa Majlis Pelancaran Kad Perak Prihatin di Dewan Banquet, Bangunan Perak darul Ridzuan di sini, hari ini
Cara Mendaftar Kad Perak Prihatin Dan Kegunaannya
Seramai 17,000 akan menerima manfaat dari pembentangan Belanjawan 2019 berkenaan dan hari ini seramai 30 orang penerima telah menerima kad tersebut sebagai simbolik pelancaran.
Selian itu katanya, ini adalah salah satu usaha kerajaan negeri dan kerajaan juga akan berusaha dengan lebih kuat untuk menambah hasil negeri dengan pendapatan yang lebih lagi, maka dengan cara ini dapat membantu lebih banyak pihak yang memerlukan.
“Setakat ini seramai 17,000 penerima yang akan menerima manfaat dan berkemungkinan bilangan penerima ditambah pada masa akan datang,” katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, beliau juga ingin menggalakkan lebih banyak kedai runcit khususnya untuk tampil kehadapan bagi berkerjasama dengan kerajaan negeri.
“Ini bukannya bertujuan bagi mendapatkan keuntungan tetapi amnya untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat negeri ini .
“Setakat ini, banyak pasaraya yang mempunyai rangkaian tetapi tidak berada di kawasan pendalaman dan membela golongan yang memerlukan.
Cara Mendaftar Kad Perak Prihatin
Dalam pada itu kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Wong May Ing berkata kad Perak Prihatin tersebut tidak boleh dibawa ke hadapan.
“Kerajaan negeri menggalakkan penerima untuk menggunakan kad tersebut untuk membeli keperluan dan menghabiskan jumlah RM80 tesebut.
“Jika gagal untuk menghabiskan jumlah tersebut, maka nilai lebihan akan habis begitu sahaja dan ditambah lagi sebanyak RM80 untuk bulan berikutnya,” katanya.
May Ing berkata, bagi kad kesihatan pula, setiap keluarga akan dibekalkan satu kad untuk satu keluaga yang nilai maksimum adalah sebanyak RM50.
Cara Mendaftar Kad Perak Prihatin
Laman web perakprihatin.com boleh dilayari bagi peniaga atau klinik yang berminat untuk mendapatkan maklumat bagi proses pendaftaran.
Kawan saya kehilangan kad Perak Prihatin. Dimana n bagaimn dia blh dptkn kad trsebut yg baru.
ReplyDeleteKawan saya telah kehilangan kad Perak Prihatin. Dimana & bagaimana dia blh dpt kad tersebut yg baru. Dia pergi ka pej DAP Aulong Tpg Pk tp x ada tindak balas. Harap pihak tn dpt bantu saya.
ReplyDeletesaya baru nak mohlon,mcmna nak dptkan borang dan kelayakan memohon
ReplyDeleteMacam mana nak mohon? Nak dapat kan borang?
DeleteSalam..mcmmna nk mohon kad perak prihatin??
ReplyDeleteMc mna nk mohon
ReplyDeleteDn nk dapatkn borang
Mc mna nk mohon
ReplyDeleteDn nk dapatkn borang
Mc Mana dapat borang
ReplyDeletemacamana nak mohon untuk dapatkan kad prihatin ni..
ReplyDeleteOrg senanng ja banyak dapat kad, orang yg susah betul2 tak dapat pun kad tu
ReplyDeleteAssalammualaikum sye nk tnye mcm mne cara nk dftar secara online
ReplyDeleteMacam mana nak dapat kad prihatin
ReplyDeleteAslkm.saya dariperak mcm mana saya nk daftar online kad perak ni.suami saya nelayan..saya mintak tolong sangat mcm mana ye caranya
ReplyDelete