Wednesday, 11 September 2019

Bekas Presiden Indonesia BJ Habibie Meninggal Dunia

Bekas Presiden Indonesia BJ Habibie Meninggal Dunia. BJ Habibie menghembuskan nafas terakhir pada usia 83 tahun di Jakarta, Indonesia. 

Bekas Presiden Indonesia, Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie, meninggal dunia pada usia 83 tahun di Jakarta pada pukul 6.05 petang (waktu tempatan).

Habibie menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya di Hospital Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto.

Bekas Presiden Indonesia BJ Habibie Meninggal Dunia


Berita duka pemergian Presiden ketiga negara itu disahkan anak lelakinya, Thareq Kemal.

Allahyarham Habibie mula menjalani rawatan secara intensif di hospital tersebut sejak 1 September lalu berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.

Bekas Presiden Indonesia BJ Habibie Meninggal Dunia


Habibie menggantikan Presiden Suharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Oktober 1999.

Pada Mac 2018, Allahyarham pernah dirawat di Munich, Jerman akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung, paru-paru dan mengalami "asphyxia". - Awani




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan