Bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron Kantoi. Badan Kawal Selia Air Melaka (BKSA) hari ini memberi penjelasan bahawa gambar kawasan yang dilawat Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Idris Haron yang tular di media sosial bukan sebuah empangan, sebaliknya kolam takungan air.
BKSA menerusi kenyataan di sini hari ini menjelaskan gambar itu merupakan kolam takungan air yang terletak di Krubong di sini yang mana kolam itu antara lain berfungsi sebagai kolam takungan sementara sebelum air dipam ke Empangan Durian Tunggal.
“Badan Kawal Selia Air Melaka ingin memaklumkan bahawa kedudukan paras air di kolam takungan tersebut sememangnya kering disebabkan oleh ketiadaan hujan sejak Ogos 2019. Terima kasih atas keprihatinan mantan Ketua Menteri Melaka.
“Bagaimanapun, isu ini tidak wajar dipolemikkan sehingga menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat Melaka, sebaiknya marilah kita bersama-sama memohon kepada Allah SWT agar diturunkan hujan dan dilimpahi rahmat oleh-Nya,” kata kenyataan menerusi Facebook rasmi BKSA di sini hari ini.
Kenyataan itu juga memberitahu kawasan kolam tersebut merupakan kawasan larangan dan atas tujuan keselamatan tidak dibenarkan dimasuki oleh mana-mana individu.
Idris dalam status Facebooknya pada Rabu memuat naik gambar dengan lokasi di Empangan Durian Tunggal berserta kapsyen: “Rumah saya dah 6 hari kena catu, kerajaan kata negeri Melaka tiada masalah bekalan air, semua ok sahaja, tidak kritikal… saya ke empangan… lihatlah sendiri …tidak kritikal katanya,”.
Ketua Menteri Adly Zahari semalam dilaporkan sebagai berkata Empangan Durian Tunggal di Alor Gajah dekat sini yang mempunyai kapasiti 32,600 juta liter air mempunyai kapasiti semasa 6,470 juta liter air, dan kerajaan negeri pada masa ini tidak bercadang membuat catuan air. - bernama
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Penyangak2 UMNO yang dah mahir menyamun dok pulak belajar menipu dan memfitnah dari Tok2 guru bangang! Eloklah tu Tok guru bangang mengajar penyangak2 tu semua berbohong dan memfitnah! Sapa yang nak geng2 penyamun dan penunggang agama ni jadi kerajaan? Gila ke apa?
ReplyDeleteNick.
Cape Tiger.
WAHAI PENDUDUK TG PIAI SEMUA
ReplyDeleteMINGGU DOPAN DODAK KORANG SAMPAI
DEPA BAGI DEDAK KORANG SAPU SAJA
TIME UNDI KASI AJAR SAMPAI LUNYAI
MAJORITY 10 RIBU KITA CUBA CAPAI
... TAK MUSTAHIL 10K MAJORITY KALAU ISU KLAIM EXCO DAP 1.39 JOTA, GAS TOKSIK DI PASIR GUDANG, JERUBU KILANG EXCO ALAM SKITAR TEO YEO BIN, JUAL ASSETS NEGARA,
DAN KEMPEN BUY MUSLIM FIRST DIGUNA SECARA BERKESAN... BANYAK ISU LAGI LAAHAII...!!
#10KMAJORITY