Saturday, 28 September 2019

ADUN Pembangkang Sertai Parti Warisan Sabah

ADUN Pembangkang Sertai Parti Warisan Sabah. Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) Abdul Rahman  bin Kongkawang hari ini mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Abdul Rahman merupakan Naib Presiden PBS menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) merangkap Ketua Menteri Sabah  iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini.

Abdul Rahman merupakan ADUN kedua menyertai Warisan selepas ADUN Tandek Datuk Anita Baranting pada 6 Mac yang lepas.

Pada PRU14, beliau yang sebelum itu merupakan Pegawai Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri Labuk pertama kali bertanding mewakili PBS menggantikan penyandang kerusi itu Datuk Michael Asang.

Beliau menang dengan majoriti 2,600 undi selepas menewaskan calon lain iaitu Ramsah Tasim daripada Warisan, Rainus Awang (Parti Soladariti Tanah Airku) dan James Miki (Parti Cinta Sabah).

ADUN PBS Sertai Parti Warisan Sabah


Bercakap pada sidang media selepas menyerahkan borang keahlian kepada Shafie Apdal, Abdul Rahman berkata penyertaannya ke dalam Warisan bukan atas faktor peribadi tetapi demi pembangunan kawasan DUN Labuk yang diwakilinya.

“Atas faktor ini, saya mengambil keputusan meninggalkan PBS yang saya sertai sejak 20 tahun lepas.

“Keperluan pembangunan di kawasan DUN Labuk menjadi keutamaan saya dan ianya dapat dilaksanakan dengan menyertai parti PBS yang menerajui kerajaan negeri Sabah iaitu Warisan,” katanya.

Beliau berkata penyertaannya ke dalam Warisan membolehkan dia memberi lebih tumpuan terhadap pembangunan untuk rakyat di kawasannya.


Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan