Saturday, 21 September 2019

81 AGM Kawasan Parti Amanah Negara Dibatalkan?

81 AGM Kawasan Parti Amanah Negara Dibatalkan? Sebanyak 148 Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) termasuk peringkat kawasan, sayap pemuda dan wanita Parti Amanah Nasional (Amanah) dibatalkan di seluruh negara kecuali Sabah.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 81 yang terbatal melibatkan AGM peringkat kawasan, manakala 32 AGM bagi Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN), dan 35 AGM bagi sayap pemuda parti itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh sumber yang juga merupakan salah seorang ahli jawatan kuasa pusat parti itu.

Turut dimaklumkan, di beberapa kawasan, terdapat penubuhan sayap pemuda parti itu yang turut dibatalkan.

Antara yang dinyatakan, sebanyak 2 penubuhan Pemuda Amanah telah dibatalkan di Kelantan, 4 di Pulau Pinang dan 5 di Selangor, manakala bagi negeri-negeri lain masih tidak dapat dipastikan jumlah sebenar pembatalan berkenaan.

81 AGM Kawasan Parti Amanah Negara Dibatalkan?


Sehubungan itu, satu Taklimat Khas Organisasi akan diadakan di Shah Alam esok berhubung dengan pembatalan-pembatalan tersebut melalui satu surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung parti itu.

Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Mohd Tahir ketika cuba dihubungi bagi mendapatkan maklum balas berkenaan perkara itu, tidak menjawab panggilan telefon. - MalaysiaGazette





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan