16 Individu Terlibat Pengganas Daesh. Seramai 16 individu yang disyaki terlibat dengan pengganas Daesh ditangkap Cawangan Khas Bukit Aman dalam operasi yang bermula pada 10 Ogos hingga semalam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua suspek terbabit terdiri daripada 12 warga Indonesia, tiga warga tempatan dan seorang warga India.
“Kami percaya bahawa 10 suspek yang ditahan di Semenanjung Malaysia aktif di media sosial dalam merekrut IS dan menyebarkan ajaran Salafi jihadi.
“Ada di antara mereka merancang melancarkan serangan terhadap ahli politik dan orang bukan Islam di negara ini,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..