Thursday, 29 August 2019

Tok Pa Mengundang Gelak Ketawa Peserta Forum

Anggota parlimen Jeli Mustapa Mohamed hari ini menguji orang ramai dengan meminta mereka mengangkat tangan jika merasakan terlalu banyak politicking (main politik) di negara ini.

Jawapannya, hampir kesemua 600 orang hadirin dalam sebuah forum ekonomi di Kuala Lumpur hari ini, mengangkat tangan.

“Boleh kita tengok, angkat tangan… adakah terlalu banyak main politik dalam negara ini?” katanya yang menjadi pemudahcara acara itu.

Bekas pemimpin Umno yang menyertai Bersatu itu kemudian bertanya lagi: “Siapa tidak setuju dengan kenyataan ini?”

Kali ini hanya seorang mengangkat tangan, iaitu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, yang mengundang ketawa Mustapa.

Mustapa atau lebih dikenali sebagai Tok Pa bertanya soalan itu selepas peserta bertanya sama ada ahli panel dalam acara itu setuju tindakan bermain politik yang mengganggu fokus kerajaan untuk menguruskan ekonomi.

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) Tan Cheng Kiat sebagai panelis acara itu bersetuju dengan kenyataan itu.

“Sudah tentu, terutamanya dalam tempoh beberapa bulan ini, dengan rancangan peralihan tidak jelas dan begitu juga masa penyerahan jawatan kepada bakal perdana menteri.

“Ini ketidakpastian yang serius kerana pemimpin boleh mengubah dasar, kita tahu perkara ini,” kata Tan. - mk




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi









1 comment:

  1. TETAPKAN TARIKH PERALIHAN KUASA PM SEGERA

    Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI), Datuk Tan Cheng Kiat yang mendakwa kebimbangan itu berasas kerana polisi negara pasti akan berubah setiap kali pemimpin bertukar.

    “Kita maklum Tun (Mahathir) akan menyerahkan kuasanya kepada Anwar tiba sehingga kini tiada tarikh yang tepat diberikan jadi ia menyukarkan komuniti perniagaan dan pelabur untuk membuat perancangan masa depan.

    “Kita tahu setiap kali pemimpin bertukar, polisi negara juga akan berubah. Ini meningkatkan kebimbangan kepada kami,” katanya semasa menjadi panelis dalam sesi Mewujudkan Hubungan Perniagaan dan Kerajaan di Forum Ekonomi Kebangsaan 2019 di sini..

    Sesi dikendalikan oleh Ahli Parlimen Jeli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Terpilih Bajet, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

    KIKIKI SAPA SEBUT PH KALAH ATOK AMIK TINDAKAN PULA
    INI OLANG ADE ATI PULAK NAK TETAPKAN PERALIHAN
    TAK PE KAU ORG ONN KAN SAJER PERALIHAN KUASA
    ATOK KAU TU ACAH2 POWER KUASA PIBG LAGI POWER KANNN..!!

    KIKIKIKIKI...

    Ketika Mustapa meminta para peserta yang merupakan wakil perniagaan mengangkat tangan sekiranya bersetuju dengan kenyataan Cheng Kiat, semua mengangkat tangan tanpa ragu.

    #popcorntambahdantepukkkk

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan