Isu-Isu Yang Menyakit Hati Mengenai Harta Pusaka
Harta pusaka biasa menjadi perebutan ahli keluarga.
Sanggup membunuh kerana harta pusaka.
Ini Kesannya Bila Gagal Merancang Harta Semasa Hidup
Berpuluh bilion harta orang Islam terbeku kerana antara puncanya tidak membuat wasiat melantik wasi.
Ahli keluarga pun naik nyanyuk dan huru hara kerana berebut harta pusaka.
Masa kaya gagal membuat wasiat melantik wasi - urusan tuntutan harta pusaka bukan mudah.
Apa Punca Masalahnya?
Satu daripada sebabnya, masa hidup lalai tulis wasiat.
Kurang faham mengenai hukum faraid.
Sikap ego dan sukar menerima pendapat ahli keluarga.
Bagaimana Menyelesaikan Isu Pembahagian Harta?
- Buat Wasiat. Ia dokumen legal bagi melantik pihak yang profesional sebagai wasi, pemegang amanah, pentadbir harta dan penjaga harta.
- Wasiat
- Buat Hibah. Ia dokumen legal membahagikan harta kepada seseorang semasa hidup dan dipindahmilik selepas kematian.
- Hibah tidak tertakluk kepada Hukum Faraid kerana ia bukan harta pusaka. Harta itu di bagi semasa hidup.
- Hibah boleh dibatalkan dengan persetujuan pemberi dan penerima hibah.
- Buat Perjanjian Perolehan Aset Bersama - dulu dikenali sebagai Perjanjian Harta Sepencarian.
- Ia legal dokumen antara suami isteri yang suami bersetuju membahagi risebahagian sesuatu harta seperti rumah kepada isteri.
- Ia sebagai langkah pencegahan perebutan harta suami bila berlaku kematian suami, penceraian dan dimadukan.
Dengar Video ini Dahulu:
Kepentingan Melantik Wasi, Pemegang Amanah dan Pentadbir Harta Pusaka
Apa Fungsi Wasiat?
Ia Dokumen Undang-Undang
Wasiat ialah arahan pewasiat bagaimana asetnya akan diuruskan selepas kematiannya.
Bila Kuatkuasa
Wasiat hanya berkuatkuasa selepas pewasiat meninggal dunia.
Umur 18 Tahun
Wasiat boleh dibuat oleh mereka yang berumur 18 ke atas dan waras.
Melantik Wasi
Wasiat membolehkan pewasiat melantik wasi (pentadbir harta pusaka) yang akan menguruskan harta pusakanya.
Melantik Pemegang Amanah
Wasiat membolehkan pewasiat melantik pemegang amanah terutama bagi menjaga harta untuk waris atau anak di bawah umur.
Pesanan Terakhir
Wasiat membolehkan pewasiat menyampaikan pesanan terakhir kepada anak dan isteri. Pesanan akan dibacakan kepada waris-waris selepas kematian pewasiat.
Berbakti Ke Jalan Allah
Wasiat membolehkan anda sedekahkan 1/3 harta anda ke jalan Allah seperti dana membina masjid, pusat tahfid al-Quran dan rumah anak yatim.
Sayangkan Anak Angkat
Wasiat membolehkan ibu-bapa membahagikan harta kepada anak angkat tanpa boleh ditentang oleh waris faraid.
Hutang Perniagaan
Wasiat membolehkan ibu bapa menyenaraikan hutang perniagaan bagi memudahkan anak beranak menjelaskan sekiranya mereka meninggal dunia.
Mengapa Anda Harus Melantik As-Salihin Trustee Bhd Sebagai Wasi, Pemegang Amanah Dan Pentadbir Harta?
Lebih 10 Tahun Pengalaman
Cukup pengalaman dalam perkhidmatan perancangan harta, khidmat amanah dan pentadbir harta pusaka orang Islam.
Perkhidmatan Memenuhi Kehendak Pelanggan
Menawarkan perkhidmatan perancangan harta seperti surat wasiat, hibah dan harta sepencarian, perkhidmatan amanah, wasi dan pentadbiran harta pusaka.
Syarikat Amanah Terbesar Dalam Perancangan Harta
Sebuah syarikat amanah perancangan harta orang Islam terbesar di Malaysia.
Wasi Yang Lebih Dipercayai dan Selamat
Melantik wasi korporat dan syarikat amanah seperti as-Salihin Trustee Bhd sebagai wasi, pemegang amanah dan pentadbir lebih dipercayai berbanding individu atau kumpulan individu kerana ia ditadbir mengikut undang-undang dan dikawal oleh Kerajaan seperti Bank Negara.
Pengecualian Bon Pentadabiran Bagi Harta Pusaka Melebihi RM50,000
Melantik as-Salihin Trustee sebagai wasi atau pentadbir harta pusaka dikecualikan oleh undang-undang bagi bayar bon pentadbiran berbanding wasi individu.
Berkekalan Dan Berterusan
Pewasiat tentu yakin dengan masa depan As-Salihin Trustee Bhd sebagai syarikat amanah di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 berbanding wasi individu yang mungkin meninggal dunia lebih awal dari pewasiat atau jika syarikat biasa akan ada risiko bankrap dan penutupan.
As-Salihin Ditadbir Urus Oleh Profesional Dan Berintegriti
Tun Dato’ Dr. Haji Mohd Salleh Abas
- Peguamcara - Negara 1969-1979
- Hakim Mahkamah Persekutuan 1979-1984
- Ketua Hakim 1984 - 1988
- Ahli Mahkmah Rayuan Syariah Kelantan 1998 - 2000
- Ahli Suruhanjaya Polis Diraja Malaysia 2004-2005
Tunku Professor Dato' Dr. Hajjah Sofiah Jewa
- Profesor Adjung Fakulti Undang-Undang, University Malaya
- Peguambela dan Peguamcara
- Pengasas Yayasan Tun Suffian Berdaftar
- Pemegang Amanah/ Ahli Tribunal "Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War"
Dato' Dr. Ashar Abdullah
- Seorang konsultan dalam bidang Perbidanan dan Sakit Puan
- Pernah menjadi Pensyarah Pelatih di Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan di Universiti Kebangsaan Malaysia
- Pernah menjadi Pensyarah dan Pakar Klinikal di Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Encik Abdul Aziz Peru Mohamed
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
- RHB Bank Berhad,
- RHB Investment Bank Berhad
- RHB Asset Management Sdn Bhd
- RHB Insurance Berhad
- PT RHB OSK Securities Indonesia
- RHB Islamic International Asset Management Berhad
- Penah berkhidmat lebih 30 tahun di Maybank
Tan Sri Dato' Seri Abd. Ghafar Bin Mahmud
- Mantan Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
- 2001 sebagai Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Sekolah.
- Pernah sebagai Pengarah Bahagian Sukan dan Pengarah Institut Aminuddin Baki.
harga wasiat as salihin, hibah dan perjanjian perolehan aset bersama
DARI
RM1,400
Wasiat
Satu dokumen wasiat diperlukan untuk setiap pewasiat. Hubungi 013 366 1242
DARI
RM1,250
Deklarasi Hibah
Satu dokumen wasiat biasa boleh masukkan hingga 3 harta. Hubungi 013 366 1242
Dari
RM1,250
Perjanjian Perolehan Harta Bersama
Satu dokumen perjanjian perolehan harta bersama (harta sepencarian) biasa boleh masukkan hingga 3 harta Hubungi 013 366 1242
Hubungi Saya
Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan perancangan harta iaitu wasiat, perjanjian harta sepencarian, hibah dan as-salihin Trustee Bhd, sila hubungi saya pada sebarang masa.
Abd Rahaman A Rasid
5, Jalan Budiman 13
Taman Mulia, Bandar Tun Razak, KL
6013-366-1242
Taman Mulia, Bandar Tun Razak, KL
6013-366-1242
Pautan
Kesah Perebutan Harta Pusaka Syed Kechik dan Kesah Raja Nong Chik - Satu Pengajaran
Cara Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Bhd - posting di facebook saya
Kesah Perebutan Harta Pusaka Syed Kechik dan Kesah Raja Nong Chik - Satu Pengajaran
Cara Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Bhd - posting di facebook saya
cara buat wasiat,buat wasiat, harta pusaka,as-salihin trustee berhad,harta sepencarian,hukum faraid,hibah,prahibah,deklarasi hibah,wasi,agen as-salihin,cara buat hibah,cara buat perjanjian harta sepencarian,perancang harta islam,buat hibah,harga wasiat,perancang harta islam,kos membuat wasiat.
La grande chose à propos d'une telle approche de la Saint-Valentin est que cela n'a pas d'importance si vous êtes en couple, célibataire, entouré d'amis et de famille, ou si vous vous sentez seul au monde en ce moment.شركة تنظيف
ReplyDeleteشركة تنسيق حدائق بالرياض
شركة تنظيف منازل بالخرج
شركة تنظيف فلل بالرياض
Tip mudah tetapi berkesan bagi mengelakkan termakan harta pusaka secara haram
ReplyDelete