Friday, 2 August 2019

Punca Najib Tak Hadir Pertabalan Agong

Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak tahu menahu mengenai soal kedudukan kerusi bekas perdana menteri Najib Razak sewaktu pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Selasa lalu.

Sebaliknya perdana menteri berkata ia merupakan urusan pihak istana.

Beliau ditanya berkenaan dakwaan Najib bahawa kerusinya ditukar - daripada tempat sebagai bekas perdana menteri kepada tempat duduk Orang Besar Pahang - di saat akhir menyebabkan beliau tidak dapat hadir ke majlis itu.

"Iyalah, itulah tempat dia kot. Itu istana punya kerja, bukan saya," katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Tabung Jasamu Dikenang Institut Perguruan Kota Bharu di Putrajaya, malam ini.

Terdahulu, Najib mendakwa menerima panggilan pada pukul 6.30 pagi berkenaan pertukaran tempat duduk itu, menyebabkan beliau tidak dapat mengambil pakaian istiadat Orang Besar Pahang dari Pekan, Pahang, untuk menghadiri majlis itu.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof menjelaskan kedudukan Najib sudah ditetapkan, bukan dialih di saat akhir, dan beliau telah dimaklumkan lebih awal berkenaan perkara itu. - mk






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi








1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan