Program jelajah Dr Zakir Naik ke Kelantan bukan bermotifkan politik dan tidak membawa sebarang keuntungan kepada PAS, tegas Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan.
"Beliau (Zakir) seorang pendakwah bebas, dia datang dan tak pernah pun buat kenyataan umum menyokong parti kita. Di mana untungnya PAS.
"Sedangkan beberapa kali dia puji (Perdana Menteri) Dr Mahathir (Mohamad), berapa kali dia puji kerajaan Malaysia. Dan kita tak ada rasa apa-apa pun," jelasnya kepada media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.
Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, program selama tiga hari yang diatur untuk pendakwah antarabangsa itu digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan ilmu agama.
Iklan
Selain itu katanya, melalui program tersebut, rakyat Kelantan dapat menzahirkan solidariti terhadap Zakir susulan kontroversi dan isu penghantaran pulang dihadapi pendakwah itu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan sesetengah pihak yang berpendapat penganjuran program bersama Zakir itu mempunyai motif politik.
Mohamed Fadzli yang juga exco pembangunan insan, pendidikan, pengajian tinggi dan teknologi maklumat Kelantan berkata, apa yang penting matlamat penganjuran program tercapai dan mendapat sokongan segenap masyarakat.
"Apabila kita jemput Dr Zakir Naik untuk ceramah agama itu memang serasi dengan kerajaan Kelantan. Sebab jiwa kita adalah jiwa agama.
"Yang hadir ke program bukan saja orang PAS, orang Umno pun ramai, orang PH pun ada terdiri daripada peminat-peminat beliau. Nak kata menguntungkan politik PAS, untung di mana?" katanya.
Tegas anggota dewan undangan (Adun) Temangan itu, matlamat politik sama sekali tidak ada dalam penganjuran program tersebut.
"Apa yang penting matlamat kita untuk bawa dia datang ke Kelantan tercapai, matlamat kita untuk bersolidariti tercapai dan matlamat kita untuk melihat kehebatan kaedah dakwahnya juga tercapai," kata Mohamed Fadzli. - mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
semua negeri dibawah pembangkang Pahang Perlis Tetangganu perlu ikuti contoh kelantan... solidarity bersama Zakit Naik
ReplyDeletePan tak setuju tu. Sebab pan wakil kit siang
ReplyDeleteKalau kasih pada Dr Zakir....jgn seret beliau atas pentas politik...ini akan mengundang kontroversi yg menyukarkan beliau ....manafaat ilmu yg beliau miliki untuk bidang akedemik....bukan politik...
ReplyDeleteLiberal sangat tu. Dalam islam tak der politik ker. Nabi dulu siap piagam madinah lagi. Lagi beriman lagi jaga politik macam Abu Bakar, Umar dsb. Cuma liberal dan sekular asing ibadat dengan politik. Sedangkan politik yg islamik pun satu ibadah.
ReplyDeleteFinal Touch Company is concerned with the cleaning of councils in Abha by cleaning all types of decorations, such as shelves, pendants and frames, to get clean and sterile boards rooms with all its corners and contents.
ReplyDeleteشركة النجوم لخدمات التنظيف
شركة تنظيف بالبخار بجدة
شركة تنظيف منازل بجدة
شركة نقل عفش بجدة
Cleanliness is from faith andit is one of the necessary things that must be taken care of. Life without hygiene becomes full of epidemics and diseases, and from here all housewives care about cleanliness and use a cleaning company to help them in all house cleaning operations
ReplyDeleteشركة تنظيف ببريدة
شركة تنظيف مجالس ببريدة
شركة مكافحة حشرات ببريدة
شركة نقل عفش ببريدة
شركة كشف تسربات المياه ببريدة