Thursday, 8 August 2019

Najib Pernah Kena Tembak?

Najib Razak hari ini mendakwa Pejabat Umno Bahagian Pekan pernah ditembak oleh penembak tepat (sniper) sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Kata Najib yang juga merupakan ahli parlimen Pekan, kejadian pada awal 2017 itu membuatkan kawalan keselamatan peribadinya sebagai perdana menteri ketika itu menjadi lebih ketat.

Berkongsi insiden itu ketika berucap di Wacana Ilmu: Hard Truth: Cash is King di Kuala Lumpur, Najib berkata tembakan itu disasarkan di tepi kaca cermin bilik pejabatnya.

“Ia seolah-olah satu amaran kepada saya. Tembakan disasarkan ke arah bilik saya di pejabat Umno Pekan," katanya.

Namun, kata Najib, beliau tidak berada di pejabat berkenaan ketika kejadian itu.

“Saya tidak pernah mendedahkan insiden ini. Tapi, sejak itu kawalan keselamatan kepada saya diketatkan lagi.

“Menjadi perdana menteri bukan senang. Ada banyak protokol. Ada UTK (Unit tindakan khas). Banyak lagi,” tambahnya.

Najib turut mendakwa bahawa perkara itu telah dilaporkan kepada pihak polis, namun sehingga kini polis belum dapat mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

“Ya, laporan polis telah dibuat. Tapi, pihak polis tak dapat mengenal pasti siapa puncanya.

“Kes diletakkan sebagai NFA (tiada tindakan lanjutan),” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas insiden tersebut.

Sementara itu, mengulas perkembangan lain, Najib memberitahu bahawa pelantikan ahli Lembaga Penasihat BN masih dalam perbincangan.

Najib yang juga merupakan pengerusi Lembaga Penasihat BN berkata PAS tidak akan dilantik dalam lembaga penasihat itu.

“Pelantikan masih dalam perbincangan. Kita akan maklumkan nanti.

“[...] PAS tidak akan dilantik (sebagai anggota penasihat). Ini BN sahaja. PAS bukan BN,” katanya. - mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi









2 comments:

  1. PERALIHAN KUASA PM KE 8 DITETAPKAN 9.MEI.2019

    Tiga NGO kerajan PH iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).Gabungan itu mendesak Tun menyerahkan kuasa pada 9.Mei.2021 genap 3 tahun Tun jadi PM sementara.

    Mereka menerusi surat terbuka bersama kepada Dr. Mahathir menggesa Perdana Menteri dan kepemimpinan PH mengambil langkah jelas untuk membawa kestabilan politik negara dengan meletakkan pakej peralihan berdasarkan perjanjian sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    "Pergolakan PKR selaku parti komponen utama dalam gabungan PH sedang merisaukan rakyat dan komuniti antarabangsa kerana berpotensi untuk memecahbelahkan gabungan tersebut serta menyebabkan politik negara ini dalam keadaan kucar-kacir.

    AZMIN PULA BERI KATA DUA PADA GABUNGAN 3 NGO TERSEBUT

    Dalam satu lagi persidangan Azmin Ali beri amaran kepada 3 NGO supaya Tun Mahathir menerajui negara sehingga habis penggal.

    Azmin berkata "Mahathir perlu diberi peluang memimpin hingga ke akhir penggal bagi menjamin kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan dasar-dasar kerajaan."

    Beliau berkata demikian bagi mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menegaskan pendirian parti itu dan sekutunya Umno terhadap Mahathir.

    “Pendirian tersebut adalah seiring pandangan yang pernah saya lontarkan supaya usaha mengembalikan kegemilangan negara dapat di realisasikan dengan segera,” kata Azmin

    Mengikut perjanjian dalam Pakatan Harapan (PH) Mahathir akan menyerahkan teraju kepimpinan negara kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

    Tiada tempoh masa khusus dinyatakan.

    Bersatu Johor juga menyokong kenyataan Azmin agar Mahathir dibiarkan menjadi perdaha menteri selama lima tahun.

    Terdahulu hari ini, Naib Presiden PKR, Zuraidah Kamaruddin juga menyatakan sokongan sama kepada Mahathir untuk terus menerajui negara.

    Yang jadi mangsa adalah rakyat Malaysia contoh mangsa terbaru peneroka dinafikan bantuan tanam semula getah dan sawit.

    BRIM yang dijanjikan bulan ini tidak dapat lagi. Hari raya korban tinggal bebetapa hari lagi untuk persediaan Hari Raya Korban.

    APA YANG UMNO/PAS DAN GABUNGAN PENYATUAN UMMAH PATUT LAKUKAN DALAM SITUASI DIATAS

    Pergolakan krisis MB Selangor semakin parah. Hari ini. 4 adun Selangir dititah mengadap Sultan Selangor. Undi tidak percaya pada MB Selangor akan dijalankan sebab kem Brader Anwar Bin Ibrahim sudah ada majority singkir MB Selangor. Sesama aendiri dari kem kunyit berantakan.

    Penyatuan ummah perlu bertindak bijak perang sesama geng kunyit bertempur. Perlu sedikit gula gula suara lunak dan berhelah sebanyak mungkin supaya semua kem kem kunyit boleh dilaga lagakan anyara mereka.
    Dengan eeti kata mudah kepentingan penyaguan ummah paling diutamakan dari kemelut perang gang kunyit ini.
    Dengan kata yang lebih mudah sediakan pop corn tambah dan tepuk tangan ramai sambil menyaksikan wayang semburit gang kunyit.

    ReplyDelete
  2. Perompak masih lagi dok bising kat alam maya. Nak percaya cakap2 dia? No way! Siakap senohong gelama ikan duri. Bercakap bohong, lama-lama mencuri. Pepatah melayu yang jelas menggambarkan sifat2 penyamun dan pencuri. Cuma melayu ni je yang masih lagi tak belajar dan ambil tauladan dari pepatah mereka sendiri. Kenapa? Kerana ramai yang dah jadi kaki dedak dan dunggu. Dok tunggang tunggik 5 kali sehari tetapi duit rasuah dan dedak telan macam ular sawa masuk reban ayam. Duk makan rasuah dan makan dedak tapi yakin 100% masuk syurga sebab tiap2 tahun pi umrah dan haji kononnya balik Mekah dah jadi suci. Melayu jahil!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan