Najib Razak dan Jho Low didakwa cuba menutup skandal 1MDB daripada terdedah, antaranya dengan membuat dokumen palsu bagi menunjukkan kononnya Najib menerima wang dari penderma Arab.
Sedangkan ia didakwa berpunca daripada 1MDB.
Perkara ini dinyatakan dalam pernyataan pembukaan ketua pasukan pendakwaan Gopal Sri Ram dalam perbicaraan hari pertama kes melibatkan 1MDB di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah.
Najib berdepan 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan wang sebanyak RM2.28 bilion.
“Selepas skandal 1MDB terdedah pada awal Julai 2015, tertuduh dengan bayang-bayangnya Jho Low ambil langkah untuk menutup jejaknya.
“Dokumen palsu dihasilkan untuk menggambarkan kononnya ada derma dari putera Arab.
“Antaranya ialah surat-surat dan empat cek yang setiap satu berjumlah AS$25 million kononnya ditulis oleh pihak yang dikatakan penderma Arab,
“Tetapi cek-cek tiada niat untuk ditunaikan,” kata Gopal.
Katanya, dua kerabat itu - Putera Faisal dan Putera Turki - juga terlibat dalam salah guna dana 1MDB, terutamanya dalam fasa Good Star.
“Putera Turki, tertuduh dan Jho Low amat rapat hinggakan mereka bercuti bersama-sama atas kapal lapar di utara Perancis,” katanya.
Gopal berkata ketika dana 1MDB disalah guna dalam beberapa fasa dan melibatkan beberapa pihak, Najib pula memainkan peranan penting dengan niat memperkayakan dirinya.
“Pihak pendakwan juga akan mengemukakan bukti untuk menunjukkan tertuduh memaintakan peranan aktif untuk mengelak dari diadili.
“Dia campur tangan dalam siasatan kes yang kemudian dikenanali sebagai skandal 1MDB,” katanya. - mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
What is 1MDB trail about..!??
ReplyDeleteYes, you sue your accuser to ‘prove’ your innocence. And you charge a person to ‘prove’ he/she is guilty. What happens in the end does not matter. So, Najib is guilty because he was charged and put on trial. If there is no evidence of his guilt then how can he be charged? That is what the 1MDB trial is all about: to get Najib ‘convicted’ in the court of public opinion.Then only 'gag order' will slander the court..t is 1MDB trail about..!??
Yes, you sue your accuser to ‘prove’ your innocence. And you charge a person to ‘prove’ he/she is guilty. What happens in the end does not matter. So, Najib is guilty because he was charged and put on trial. If there is no evidence of his guilt then how can he be charged? That is what the 1MDB trial is all about: to get Najib ‘convicted’ in the court of public opinion.Then only 'gag order' will slander the court..