Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menganggap polemik tentang tulisan jawi yang timbul adalah disebabkan oleh rasa fobia masyarakat bukan Islam terhadap “apa-apa yang dianggap mempunyai hubungan dengan Islam”.
Katanya, hal itu disebabkan wujud salah faham di kalangan golongan itu bahawa tulisan Jawi dianggap seperti mahu mengislamkan mereka, sedangkan tulisan itu bukanlah berkaitan agama.
“Kita menyatakan dia tak ada hubungan (dengan agama). Macam songkok, di India pakai, nabi (Muhammad SAW) tak pakai songkok. Baju Melayu, samping, bukan mewakili agama. Ia pakaian melayu.
“Tulisan Jawi itu ialah tulisan bangsa Melayu, tapi sebahagian mereka (bukan Islam) anggap seolah-olah cuba mengislamkan mereka. Ini yang salah.
“Dan saya rasa ada mcm satu kebencian terhadap perkara yang berhubung dengan agama, sehingga (perkara) yang bukan agama pun diasangkakan agama, dan dibenci,” katanya ketika menyampaikan kuliah di Masjid Alwi, Kangar, semalam.
Asri menjawab soalan salah seorang pendengar kuliah yang bertanyakan tentang “isu tulisan Jawi yang diperjuangkan sekarang”.
Isu tulisan Jawi menjadi kontroversi bulan lalu apabila cadangan kerajaan memperkenalkan tulisan jawi dalam kurikulum Tahun 4 Bahasa Malaysia di sekolah mendapat tentangan akar umbi DAP dan NGO Cina.
Semalam Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah dilaksanakan secara pilihan dan guru diberi kuasa menetapkan sendiri kaedah pelaksanaannya.
Jumlah muka surat yang melibatkan tulisan Jawi juga dikurangkan berbanding cadangan asal, menjadi hanya tiga muka surat daripada enam.
Jawi ada pengaruh Parsi
Asri berkata, tulisan Jawi tidak sepatutnya dilihat mewakili agama Islam kerana selain diasaskan daripada huruf Arab, ia turut mempunyai pengaruh Parsi terhadap beberapa huruf yang tiada dalam sistem huruf Arab.
“Kalau tak, kita tulis rumi itu kita jadi agama Kristian pula. [...] Apa yang menunjukkan agama ialah apa yang ditulis, bukan huruf yang (digunakan) menulis. (Seperti) Hebrew, pernah menjadi bahasa kitab suci, bahasa Taurat. Bahasa Greek pernah dijadikan bahasa utama kepada Bible.
“Huruf tak mewakili apa-apa. Di negara Arab, Bible (ditulis) dalam bahasa Arab. Penyanyi-penyanyi rock dan dangdut Arab menyanyi dalam bahasa Arab. Kita dengar, masya-Allah ustazah ini menyanyi tak pakai tudung. Bukan (ustazah), itu penyanyi rock.
“Lagu-lagu, buku-buku yang menentang Islam di kalangan orang Arab, dalam bahasa apa? Bahasa Arab,” jelasnya lagi. - mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Gempur hingga mereka pulih atau tinggalkan negara ini'
ReplyDeleteMufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mahu masyarakat di negara ini digemblengkan untuk menggempur kumpulan pelampau yang menentang pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil.
“Kumpulan pelampau seperti ini sepatutnya disenaraikan di bawah anasir subversif dalam negara. Mereka hendaklah dianggap sebagai satu ancaman kepada negara setaraf dengan ancaman terrorisme.
“Masyarakat Malaysia hendaklah digemblengkan untuk menggempur kumpulan pelampau ini sehingga mereka pulih atau keluar meninggalkan negara ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Walaupun tidak menyebut sebarang nama, tetapi Dr Mohd Asri turut melampirkan keratan berita Malaysiakini yang bertajuk “Dong Zong rasis
Seperti kenyataan, Dong zong perlu diperkenalkan sebagai sebuah pertubuhan yg tidak rasional, yg mewakili cina untuk cina. Adaptasi tempatan tiada langsung.
ReplyDelete