Menteri Pendidikan Maszlee Malik hari ini menyatakan kesediaan kementeriannya untuk membincangkan cadangan bentuk kaligrafi lain selain khat untuk diajar di sekolah.
"Itu (cadangan) menarik untuk dibincangkan ...," kata Maszlee kepada pemberita ketika ditemui selepas final Piala Debat Perdana Menteri di Dewan Merdeka, PWTC, di Kuala Lumpur hari ini.
"Dalam mata pelajaran Seni, kita menumpukan perhatian kepada seni daripada pelbagai budaya dan etnik di Malaysia," katanya.
Maszlee berkata demikian ketika diminta memberikan pendapat berhubung cadangan kumpulan persatuan Cina agar semua sekolah mempelajari tentang seni kaligrafi daripada pelbagai kaum.
Penyelidik bebas sejarah Tang Ah Chai semalam berkata idea itu mula-mula dicadangkan kepada Maszlee semasa mesyuarat pada 1 Ogos.
Antara yang dikatakan menghadiri mesyuarat itu ialah Timbalan Presiden Dong Zhong Tan Yew Sing dan penganalisis politik Wong Chin Huat.
Kiniguide: Menjawab persoalan tulisan khat dalam subjek BM darjah 4
Menurut Tang, kumpulan berkenaan membuat cadangan itu ketika membincangkan bagaimana pengenalan khat akan mempengaruhi sekolah vernakular Cina.
Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar, yang mengalu-alukan pengenalan khat untuk menghidupkan semula tulisan jawi, sebelum ini juga menyatakan cadangan serupa agar bentuk kaligrafi lain turut diajar di sekolah.
Sementara itu, Maszlee juga berkata beliau secara peribadi bertemu dengan editor dari beberapa akhbar Cina, untuk menjelaskan langkah kementerian dan menekankan penambahbaikan yang dibuat supaya pengajaran dan pembelajaran khat tidak akan membebankan guru atau pelajar.
Pada masa ini, Kementerian Pendidikan merancang untuk memperkenalkan enam muka surat mengenai tulisan khat dan Jawi dalam sukatan pelajaran Darjah 4 Bahasa Melayu bermula tahun depan. - mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Semalam Otai Reformasi mahu langgar PM ke 7 sebab amalan dan janji si lidah bercabang.
ReplyDeleteHari ini KUDRAT (J/kuasa Pendokong Reformasi Tegar) desak MB Selangor dan Azmin minta maaf pada Anwar Ibrahim...
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi PKR Selangor, Amiruddin Shari hari ini didesak memohon maaf kepada presiden parti itu, Anwar Ibrahim.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kumpulan Pendokong Reformasi Tegar (Kudrat), Baharudin Ali Masrom berkata permohonan maaf itu perlu dilakukan bagi mengelakkan kemerosotan sokongan terhadap PH.
Kudrat menghimpunkan penyokong tegar Anwar dan bekas anggota PKR.
“Pertikaian antara pemimpin dalam parti komponen (PH-PKR) cukup membimbangkan dan kita risau ini akan menyebabkan sokongan pada PH semakin berkurangan.
“Jadi, sebagai orang muda, dia patut jaga adab dan tak patut keluar kenyataan yang tak sepatutnya (kepada presiden).
“Kita mendesak Azmin dan Amirudin untuk memohon maaf secara terbuka dan tak lagi keluar kenyataan sepatutnya,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Mengulas lanjut, Baharudin berkata menteri hal ehwal ekonomi itu juga "tidak patut mengeluarkan kenyataan menyokong Dr Mahathir Mohamad kekal menjadi perdana menteri sehingga habis penggal."
Katanya, kenyataan sedemikian jelas tidak selari dengan konsensus PH.
“(Azmin) tak sepatut melanggar konsensus. Kita seharusnya kekal pada konsensus.
“(Ini tidak, kenyataan Azmin) Seolah-olahnya kalau ‘saya tak dapat jadi PM, Anwar Ibrahim pun tak patut naik (jadi PM)’. Ini tak sepatutnya berlaku,” katanya.
SEMALAM OTAI REFORMASI BERI KATA DUA
HARI INI REFORMASI TEGAR BERI AMARAN PULA
PERANG KUNYIT MASAM SESAMA SINDRI BERMULA
WEI..! BILA MAU SELESEI LAH RAKYAT DAH MENDERITA
Elok saja Otai Reformasi dan Refirmasi Tegar kasi penyepak sulung pula kat muka PM ke 7..sebab memang sifat lidah bercabang manusia yang tak boleh dipercayai...
Sikap PM ke 7 si lidah bercabang dari sudut janji ekonomi negara kuasa hingga ke akidah iman suma nak dilacurkan dengan Pluralisma Murtad COMANGO dan Syiah si lidah bercabang memang tudak boleh dipercayai lagi..!
Kalau Otai Reformasi bagi pelempang kat muka PM ke 7 masuk ICU seminggu
Kalau Reformasi Tegar kasi penyepak sulung pada PM ke 7 si lidah bercabang mau terus ke ICU selama lamanya..
Dari berputih mata elok langgar terus
kannnn..!!
kikikiki..
#popcorntambahdantepukkkk..!