Friday, 30 August 2019

Anwar Jawab Zuraida

Berbeza daripada kenyataan Zuraida Kamaruddin, hari ini Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata pihaknya sudah membalas satu daripada tiga surat yang dikirimkan Naib Presiden parti berkenaan.

Untuk dua surat yang lain, kata Anwar, ia akan dibalas Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

“Setiausaha agung akan jawab, tapi satu (saya) dah jawab,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, di bangunan Parlimen, hari ini.

Anwar berkata demikian mengulas pertanyaan mengenai status surat yang dihantar Zuraida bagi meminta Anwar mengadakan perbincangan dalaman membabitkan isu PKR.

Selain Anwar, pertemuan itu dirancang untuk dihadiri pemimpin tertentu dalam kalangan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Pada 28 Ogos lalu Malaysiakini melaporkan, keengganan pihak Anwar membalas surat yang dikirim menjadi punca Zuraida tidak menghadiri mesyuarat MPP parti berkenaan.

Selain Zuraida beberapa pemimpin kanan PKR yang tidak hadir sebelum ini ialah timbalan presidennya sendiri, Azmin Ali, serta Menteri Besar Selangor merangkap pengerusi PKR negeri itu, Amirudin Shari.

“Permintaan itu untuk kita reconcile, buat masa ini belum dilayan. Dah tiga surat yang kami keluarkan kepada pejabat presiden.

“Surat pertama dia jawab dia ke Mekah, dan kami beri surat kedua nak minta pertemuan lagi dengan beliau," katanya. 

Mengulas lanjut, Anwar yang juga anggota Parlimen Port Dickson berkata Zuraida sepatutnya hadir dalam setiap mesyuarat yang diadakan parti itu dan ia boleh dijadikan tempat untuk membincangkan isu berbangkit.

“Kita ada forum, kita ada mesyuarat biro politik setiap minggu dan mesyuarat MPP setiap bulan. Sila hadir,” kata Anwar.

Untuk rekod pada majlis berasingan hari ini, Zuraida memaklumkan kepada media bahawa "tak ada langsung" jawapan balas diterima daripada pihak Anwar.

“Tunggu dia jumpa saya dulu. Tak ada langsung respons,” katanya. 

Sementara itu, mengulas kenyataan Zuraida yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) bahawa hanya takdir menentukan Anwar akan jadi perdana menteri atau tidak, Anwar secara bersahaja menjawab: “Hidup, mati... semua bergantung pada takdir. Menteri, bukan menteri, jodoh, semua pada takdir. Jadi saya percaya pada takdir.” - mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi









16 comments:

  1. Mahathir boleh sahaja beri Anwar jawatan kabinet yang mana menteri sedia ada tidak perform atau berprestasi buruk dan memalukan, contohnya seperti berikut:

    1. Menteri Alam Sekitar, Yeo Bee Yin (tiga kali kes pencemaran Pasir Gudang yang tidak selesai-selesai, beribu rakyat jatuh sakit)

    2. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (ekonomi ranap dan tambah hutang negara beratus billion)

    3. Menteri Perpaduan, Waythamoorthy (isu perpaduan kaum dan agama menjadi semakin tegang, kes arwah Adib, ICERD dan ucapan perkauman)

    4. Menteri Pertahanan, Mat Sabu (beri isyarat kepada seluruh dunia Malaysia takut pergi perang, maklumkan secara terbuka kekuatan aset ketenteraan i.e. hanya 4 jet pejuang boleh terbang)

    5. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (perkenal semula bas mini, tambah AES, caj kesesakan tol selamanya)

    6. Menteri Pendidikan, Maszlee Malik (isu PTPTN, kasut hitam, kolam renang, janji Tol Simpang Renggam percuma)

    7. Menteri Komoditi, Teresa Kok (minum sawit)

    8. Menteri Wilayah, Khalid Samad (LRT tak ada driver?)

    9. Menteri Ekonomi, Azmin Ali (tidak buat apa-apa yang signifikan, kes semburit)

    10. Menteri Luar Bandar, Rina Harun (tidak buat apa-apa yang signifikan)

    11. Menteri Pertanian, Salehuddin Ayub (telur turun 2 sen)

    13. Menteri Jaga Harga Barang, Saifuddin Nasution (Ayam RM2.99 seekor?, harga barang makin naik, tidak tahu apa nak buat sehingga terpaksa minta tolong Najib tolong kawal harga barang)

    14. Menteri Luar Negeri, Saifuddin Abdullah (tandatangan Statut Rom, cadang ICERD, clueless)

    15. Menteri Sumber Manusia, Kulasegaran (ucapan perkauman)

    16. Menteri Belia, Syed Saddik (Gojek)

    KESIAN ALJUBORI BAKAL PM TEPI
    KLAS 3 JURUSAN TAH APA2 LAGI
    MENTERI NYA PULAK LAGI GILA BABI
    SIJIL TAK LAKU ADA YG FAKE DEGREE

    Rakyat semua sedia maklum bahawa standard yang ada pada barisan menteri dan timbalan menteri kabinet Kerajaan PH sekarang ini tidaklah setinggi mana. Sijilpun banyak yang tipu.

    Sebab yang lebih masuk akal ialah Mahathir memang tidak mahu beri apa-apa kuasa kepada Anwar selagi dia (Mahathir) masih hidup.

    Kepada Anwar Ibrahim, anda tunggu tepi tangga Pejabat Perdana Menteri berjam-jampun dan tampal poster PM-8 pun tidak guna, buat malu diri anda sahaja.

    Redhalah untuk menjadi PM tepi buat selamanya.

    Bak kata P. Ramlee:

    “Kamu kan tahu dia tu penipu,
    Muka diapun muka penipu,
    Yang kamu bijak pandai boleh kena tipu dengan dia tu pasal apa?”

    #beliprodukmuslimonline

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit hutang cetak harakah dah bayar ke blom?

      Delete
    2. Kes saman fitnah pemimpoin pas dah bayar ke belum...berkokok jer ayam jantan ni tahu..ekor penuh tahik...KAKAKAKAKAKAKAKAKAKA

      Delete
  2. ph memerintah ada yang harga nsik dan ada yang harga turun... BN memerintah pula naik dan tak turun2.... guaner tu.... baok2 BN mererintah...lebih baik ph memerintah. Para penyangak bn sedang tunggu peluang nak menyamun semula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letih najib dan para ceo glc menambah hasil syarikat tapi senang2 bapak segala penyamun pi jual.
      Pembeli2 saham individu pon ntah sapa2. Rasanya mgkin para proksi dan kroni.
      KERAjaan paling bangang dlm sejarah negara.
      Hutang pulak makin meningkat dan meminjam bon2 bangang ikut harga pasaran semasa. Dgn ringgit makin jatuh makin tercapailah impian atok nyanyuk memyaksikan hutang negara secara rasmi jadi 1trillion.
      Tua kutuk tu hanya pandai berkata2 dan menimbulkan persepsi. Klu ikut sejarah 22tahun bnyk projek2 mega bangang dia merugikan negara.
      Bukan raykat kata...pemimpin2 semburit yg kata.
      Mgkin mrk semua dah mampus kot sehingga tiada yg peduli dgn kebodohan atok dlm menjaga ekonomi negara.

      Delete
    2. Duit hutang cetak harakah dah bayar ke blom?

      Delete
  3. KIKIKI POMEN MUNG GUANER CITER NIH
    BN NAIK SUMA TAK TURUN KATENYE PULOK
    HUTANG NAIK TRILLON TAK SAPAI STAHUN
    BBANGKRAP NEGARA UTANG NAIK MELAMBAK


    CAKAP PAKAI MULUT POMEN TULIS PAKAI OTAK... JANGAN LETAK OTAK KAT GEAR BOX UDAH LERRR.



    KIKIKIKIKI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Otak mrk sama BODOH mcm menteri kewayangan.
      Jual saham syarikat glc negara kpd pelabur asing dan kata pelabur asing sedang bnyk melabur di dlm negara. BANGANG!!!
      Belum lagi syarikat2 milik individu yg tak tahu siapa yg telah membeli saham2 syarikat glc yg masih menguntungkan?!!!
      Penat mrk bekerja tetapi penyamun2 dan penjarah BANGSAT ini yg dpt untung.
      Lepas nie jangan harap amanah saham akan tinggi bonus dan dividennya. BANGANG!!!

      Delete
    2. Duit hutang cetak harakah dah bayor ker blom?

      Delete
  4. BN perintah ramai ahli politik melayu dan kroni kaya raya. Rakyat marhaen majoriti melayu tetap sengsara. Itulah yg dikehendaki oleh 'pejuang melayu' dan pak lebai agaknya!

    ReplyDelete
  5. BAPAK GADAI NEGARA
    ANAK PEREMPUAN GADAI AKIDAH
    BOBOI DAPAT BILLION PROJEK 'ANU'GERAH
    ANAK CUCU LANTIK PENGERUSI PNB LAHH..


    PERMOHONAN SIS@MARINA GEREJA DITOLAK
    ABAH GADAI NEGARA ANAK GADAI AKIDAH
    APAK PM ANAK CUCU KAYA LAGI BANYAK
    MACAI PUN TERKINJA MACAM HARAMJADAH.

    Dalam hiruk pikuk dengan isu Zakir Naik, Jawi, Dong Zong serta beberapa isu lagi, terkini, penulis " drama" Mahathir, Clare melalui "bom" hidrogennya, tanpa sedar telah menelanjangkan anak Mahathir, Mukhriz aka MB Kedah kini, tentang penglibatannya dalam isu pemilikan 1000 hectre konsensi balak di Sarawak ,diwaktu Dr Mahathir adalah Perdana Menteri ketika itu.
    Alasan beliau bila ditanya , "itu kisah lama dan dah lupa nama syarikat"
    Peergh...bapak Perdana Menteri anak dapat balak ribu ekar . waktu bapa berkuasa", kaya..kaya..kaya..
    Patutlah..anak anak semua berstatus " billionair",.atas usaha sendiri..bukan atas tangan bapak.

    Dalam diam tak diam,.yang Mahathir kena terbang sana terbang sini..tup.tup..Syarikat majoriti milik Mukhriz , Mukhriz lagi!!! la tak da orang lain lagu ke??? Syarikat yang diurus abangnya, Mukhzani bakal mengaut RM21 billion kontrak dalam pembekalan fibre optik melalui syarikatnya Opcom..milik Mukhriz laki.bini..

    peergh..

    Double Billionair is on the way...
    Cos" "I did it my way" ..lirik lagu favourite Mahathir..

    ADO SEKO MACAI HAFAL LAGU ATOK FITNAH 'MY WAY'
    HAFAL LIRIK LAGU ATOK MINTAK ZAKIR NAIK GO AWAY
    ALLAH KAT ARASH TRUS TUDUH WAHABI WALAYEYY..!!
    DEYY INI TAMBI NAMA JON DOE YENNADEYYY..!!

    PODAHHHH CITTTT...!!

    Siapakah yang diselamatkan Mahathir kini??

    Rakyat???

    Nampaknya negara semakin miskin tetapi anak Mahathir bertambah kaya.

    Kalau era Najib dulu hanya Najib seorang saja yang " Cash is King" tetapi kini nampaknya. family Mahathir pula dah jadi King is Cash...

    ANOK CUCU COMANGO JADI PENGERUSI
    BOBOI DAPAT BILLION PROJEK KRONI
    MARINA GEREJA PELINGKUP AKIDAH KINI
    ATOK PULAK NAK GADAI NEGARA LAGI

    RAKYAT YANG MAMPOSSSSS...!!

    Cucu saudara atok dilantik jadi Pengerusi PNB...

    Peerghh trpukk..Atok kata dia tak tahu cucu jadi Pengerusi PNB

    Itu memang jawapan standard atok..!!

    Permodalan Nasional Berhad (PNB) enggan mengulas isu pelantikan Jalil Rasheed, presiden dan ketua pegawai eksekutifnya yang baharu.

    “Tiada sebarang kenyataan daripada PNB,” kata jurucakap institusi pelaburan itu.


    #kempenbeliprodukmuslimonline

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kan nak bagi kat sykt ahli pas? Mampu ke bayor hutang?

      Delete
  6. Dalamasa '2 HARI', video Hari Kemerdekaan Mahathir mencapai 6.8K Suka dan 820 Komen.

    VIDEO UCAP MERDEKA ATOK VS BOSSKU
    UCAPAN HARI 'MERDEKA SGT KAH KITA.!?
    MERDEKA JERIT si FAKE DEGREE & PALSU
    GAJI LUMAYAN SEJARAH HITAM MALAYSIA

    Dalamasa '"28 'MINIT"' wooo..!! video Hari Kemerdekaan DS Najib Razak mencapai 6.9K dan 1,900 Komen.

    Mahathir membuat video ekslusif sedangkan DS Najib Razak hanya membuat ucapan di telefon bimbitnya.

    Patutlah ada pemimpin PH yang kata jika PRU15 diadakan sekarang, nescaya kerajaan PH yang ditunjangi DAP akan KALAH


    #BUYPRODUCTMUSLIMONLINE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Neither atok nor penyamun klepto. Kita bukan terhad kpd 2 malaun ni sj. Kita perlu pemimpin lain. Ayoh jom ubah!

      Delete
    2. Sblm ubah sila bayor hutang percetakan dulu.

      Delete
  7. Mengulas lanjut, Anwar yang juga anggota Parlimen Port Dickson berkata Zuraida sepatutnya hadir dalam setiap mesyuarat yang diadakan parti itu dan ia boleh dijadikan tempat untuk membincangkan isu berbangkit. “Kita ada forum, kita ada mesyuarat biro politik setiap minggu dan mesyuarat MPP setiap bulan. Sila hadir,” kata Anwar. Sementara itu, mengulas kenyataan Zuraida yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) bahawa hanya takdir menentukan Anwar akan jadi perdana menteri atau tidak, Anwar secara bersahaja menjawab: “Hidup, mati... semua bergantung pada takdir. Menteri, bukan menteri, jodoh, semua pada takdir. Jadi saya percaya pada takdir.”

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan