Tuesday, 2 July 2019

Tuan Ibrahim Tuan Man Guna Hadis Palsu?

Pada asasnya Islam amat menekankan isu integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam berpolitik. Apatah lagi, salah satu sifat utama Nabi Muhammad SAW ialah al-amin.

Zaman kini, ia disebut integriti.

Tidak bersedia mengisytihar harta adalah lambang bercanggah dengan sifat integriti yang sepatutnya. Apabila bercanggah dengan integriti, sudah pasti ia tidak selaras dengan sifat al-amin bagi nabi.

Dengan sebab itu, tidak wajar bagi mana-mana anggota parlimen yang beragama Islam menolak amalan mengisytiharkan harta.

Lebih-lebih lagi, amalan isytihar harta itu dapat mengelak daripada sebarang amalan rasuah membabitkan pihak yang berurusan dengan politik secara langsung.

Ia sudah pasti selaras dengan kaedah fikah yang berbunyi: "Tidak sempurna perkara wajib kecuali dengan melakukan perkara itu, maka melakukan perkara itu adalah wajib".

Dalam kata lain, jika tidak sempurna proses melawan rasuah kecuali dengan melakukan amalan isytihar harta, maka isytihar harta juga boleh dianggap sebagai wajib juga.

Ada perawi ditolak

Dalam pada itu, tidak dinafikan terdapat orang yang diragui sumber kekayaannya yang menolak cadangan dan amalan mengisytihar harta.

Hal itu kerana, dengan pengisytiharan harta ia akan membantu lagi siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli politik yang diragui akan hartannya.

Amalan sebegitu sebenarnya sudah berlaku pada zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab, iaitu ketika beliau melantik Abu Hurairah menjadi gabenor di Bahrain.

Dengan sebab itu, dakwaan bahawa Islam melarang isytihar harta itu adalah satu fitnah jahat dilakukan terhadap agama Islam yang mementingkan integriti.

Pun begitu, dalam laporan berita dinyatakan bahawa Timbalan Presiden PAS ada berkata: "Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW menyuruh supaya harta yang ada tidak dihebahkan, kerana ramai pendengki."

Sebenarnya, hadis yang dinukilkan oleh Tuan Ibrahim itu adalah hadis palsu berdasarkan apa yang pernah dinyatakan oleh al-Imam Ibn al-Jawzi.

Ia dianggap daif oleh al-Imam al-Iraqi dan al-Imam al-Sayuti, manakala Imam Ibn Abi Hatim menganggapnya sebagai mungkar.

Ia kerana dalam sanad hadis itu ada seorang perawi - Sa'id bin Salam al-Attar - yang ditolak. Dia juga ditolak oleh ramai ilmuan hadis, malah Imam Ahmad bin Hanbal menganggap dia sebagai pendusta.

Dari sudut sanad juga dicatatkan bahawa, perawi hadis daripada Muaz bin Jabal yang beliau diambil daripada Khalid bin Ma'dan.

Ibn Abi Hatim menyatakan bahawa Khalid tidak pernah mendengar hadis itu daripada Muaz. Apabila tidak mendengar, lebih mengukuhkan lagi dakwaan bahawa hadis berkenaan adalah palsu.

Dari sudut matan pula, dikatakan bahawa tidak boleh diberitahu kepada orang berkenaan nikmat yang kita dapat. Ini sudah pasti bercanggah dengan ayat al-Quran yang menyatakan: "Adapun dengan nikmat Tuhan kamu, hendaklah kamu ceritakan" (Surah al-Dhuha 93:11).

Dengan ini jelas bahawa 'fatwa' timbalan presiden PAS itu tidak berasaskan hujah yang benar. Apatah lagi dengan menyandarkan ia kepada Islam, ia boleh melahirkan persepsi buruk dari mata masyarakat non-Muslim terhadap agama Islam.

Ia akan menyebabkan Islam seakan-akan agama yang tidak cenderung kepada integriti.

Islam adalah agama yang pentingkan integriti. Dalam hal ini, sikap PAS sama sekali tidak mewakili ajaran Islam.

Sekian, wallahu 'alam.


Ustaz Wan Ji Wan Hussain





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi









7 comments:

  1. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.(Adh-Dhuha 93:11) http://www.surah.my/93

    ReplyDelete
    Replies
    1. KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA BERKAT BANTUAN AKI SOLEH
      MAKANYA SENGAJA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET !!!

      assalamualaikum wr, wb, saya IBU NUR INTAN saya Mengucapkan banyak2
      Terima kasih kepada: AKI SOLEH
      atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan "4D"
      alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
      dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2…
      orang tua saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
      sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2.
      Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
      yang ingin merubah nasib
      seperti saya...?
      SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH No; { 082-313-336-747 }

      Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini...!!
      1: Di kejar2 tagihan hutang..
      2: Selaluh kalah dalam bermain togel
      3: Barang berharga sudah
      terjual buat judi togel..
      4: Sudah kemana2 tapi tidak
      menghasilkan, solusi yang tepat..!
      5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual blom dapat juga,
      6: Pelet pemikat hati untuk pria
      7: Pesugihan tanpah tumbal
      8: Dukun santet paling ampuh
      satu jalan menyelesaikan masalah anda..
      Dijamin anda akan berhasil
      silahkan buktikan sendiri
      Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
      No WA Aki : 082313336747

      TERIMA KASIH YANG PUNYA
      ROOM ATAS TUMPANGANYA SALAM KOMPAK SELALU

      "http://angkaramalantogel.blogspot.co.id/"

      Delete
  2. Lain kali jk Pas nak back up umno, ingatlah balik apa yg Pas pernah kata kpd umno dolu2. And vice versa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mgkin dia nak back up tun mahadey tu. Semua tahu kekayaan tun dan anak-anaknya cukup untuk 7 keturunan.
      Sebuah kereta sport anaknya mampu membina 30 rmh pprt utk raykat miskin.
      Sejak syarikat minyak anaknya dpt kontrak keRa_jaan bertambah lagi rukun damai raykat.

      Delete
  3. Lain kali jgn ambik suku dpd kata2 penuh cai.
    Pas sokong usul dan jika dijadikan akta kena betul2 patuh. Klu nak dikira kekayaan dan aset para mp... semua tahu siapa yg paling bnyk harta termasuk anak2nya. Buat apa nak bangkang klu usul boleh membuka mata rakyat siapa sebenarnya pemimpin pengumpul harta dgn kayanya anak dan pemimpin tersebut sendiri jika dijadikan akta. Klu mrk tidak ada rasa malu mgkin mrk akan bertanding semula pru15 nanti. Klu malu mgkin mrk rasa cukup2lah. Tak kesahlah parti mana.

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni dap suka melayu berbalah. Dalam pada itu sedikit demi sedikit mereka lenyapkan equiti orang melayu marhain. Yg kaya macam bapak madey makin kaya bukan setakat tujuh keturunan, tapi dap sampai 14 keturunan. Tamak madey pada harta, tiada beza dengan dap yg sedang melenyapkan harta marhain orang melayu. Dibantu pulak ustaz wan ji yg sangat yakin dan percaya pada dap dan madey.

    ReplyDelete
  5. Kehebatan wan ji mengatasi kehebatan al quran. Quran sebut pilih sahabat mukmin, tapi wan ji pilih sahabat dap. Kehebatan dap ialah tidak akui akan Allah yg menjadikan mereka, lalu mereka pertikai akan quran dan Muhammad saw. Mereka hidup di alam yg bukan ciptaan Allah. Dan ada pula manusia seperti pkr dan pan yg jadi tentera dap. Pastinya mereka ini lebih hebat dari Allah kerana tidak perlu ikut undang undangnya.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan