Ketua Ulama PAS Pusat, Dr Nik Zawawi Salleh, melorongkan jalan untuk membolehkan beliau 'berdebat' mengenai pandangannya bahawa wajib bagi parti itu menjatuhkan kerajaan PH.
Sehari selepas menolak tawaran individu yang dianggapnya tidak setaraf untuk bersemuka, anggota parlimen Pasir Puteh itu hari ini 'mempelawa' Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof untuk duduk sepentas dengan beliau.
Dalam kenyataan dibuatnya Nik Zawawi juga menganggap Mujahd sebagai "sahabat karib" beliau dan mengajak anggota parlimen Parit Buntar itu berdialog, bukannya berdebat.
"Bepaksikan kepada mencari kebaikan untuk semua, saya sangat mengharapkan agar dialog antara saya dengan sahabat karib Dr Mujahid diterima oleh beliau," katanya.
Nik Zawawi juga berkata beliau bangga dengan sikap terbuka rakyat Malaysia yang mula bertegas untuk mencari kebenaran dan menolak adu domba politik.
Katanya, kritikan pedas yang dibuatnya sebelum ini mendorong ada pihak mencabar untuk berdialog, malah ia diadukan kepada polis.
Namun kata Nik Zawawi, aneh apabila pihak yang "ribut" bercakap dan menawarkan diri untuk berdialog dengan beliau adalah "golongan pertengahan".
"Yang anehnya golongan pertengahan yang ribut bercakap dan menawar diri untuk berdialog," katanya.
Terdahulu Nik Zawawi menarik perhatian umum selepas mengeluarkan kenyataan "wajib menjatuhkan kerajaan PH" pada sesi penggulungan Muktamar PAS ke-65 di Kuantan, baru-baru ini.
Beliau kemudiannya melontarkan tawaran untuk berdialog secara terbuka berkaitan isu yang diketengahkan itu.
Tawaran tersebut disahut oleh beberapa individu antaranya pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin dan Pengarah Syariah Amanah Nasional, Zolkharnain Abidin.
Bagaimanapun ditolak Nik Zawawi dengan menyifatkan individu tersebut tidak setaraf denganya.
Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu bagaimanapun berkata beliau bukanlah mencabar Mujahid dalam hal itu sebaliknya cuma mengajak berdialog secara harmoni untuk mencari jalan penyelesaian Islam dalam polemik politik negara.
"Saya tidak berhasrat untuk mencari kemenangan atau publisiti murahan. Kalau sekiranya perlu dibuat dialog dengan pimpinan lain yang lebih tinggi pun lebih baik untuk Islam dan ummahnya.
"Bagi saya dialog dengan semangat untuk mencari jalan penyelesaian Islam adalah sangat baik.
"Dialog profesional ini sangat berkesan kalau diadakan antara tokoh-tokoh politik tertinggi yang mampu merubah hala tuju politik dan pemerintahan negara sangat memberi impak positif untuk semua," katanya yang merujuk diri beliau sebagai "insan yang daif." - mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Cuma kadang ada yg terlebih ego. Biarlah ketua berdebat dengan ketua, bukan dengan orang yang tak dikenali oleh masyarakat. Jadi orang yg tak dikenali jangan ego untuk berdebat dengan orang yang dipilih oleh jamaah untuk mengetuai institusi. Yang dipilih itu pulak yg dikatakan ego. Pelik masyarakat liberal yg ekstreme.
ReplyDeleteKARNA RASA HATI YANG GEMBIRA BERKAT BANTUAN AKI SOLEH
DeleteMAKANYA SENGAJA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET !!!
assalamualaikum wr, wb, saya IBU NUR INTAN saya Mengucapkan banyak2
Terima kasih kepada: AKI SOLEH
atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan "4D"
alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2…
orang tua saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2.
Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
yang ingin merubah nasib
seperti saya...?
SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH No; { 082-313-336-747 }
Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini...!!
1: Di kejar2 tagihan hutang..
2: Selaluh kalah dalam bermain togel
3: Barang berharga sudah
terjual buat judi togel..
4: Sudah kemana2 tapi tidak
menghasilkan, solusi yang tepat..!
5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual blom dapat juga,
6: Pelet pemikat hati untuk pria
7: Pesugihan tanpah tumbal
8: Dukun santet paling ampuh
satu jalan menyelesaikan masalah anda..
Dijamin anda akan berhasil
silahkan buktikan sendiri
Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
No WA Aki : 082313336747
TERIMA KASIH YANG PUNYA
ROOM ATAS TUMPANGANYA SALAM KOMPAK SELALU
"http://angkaramalantogel.blogspot.co.id/"
Masuk Kampung Pakai Songkok
ReplyDeleteTersengih2 Terbongkok2
Orang Kampung Mula Seronok
Akhirnya 'Kencing' Yang Di Togok
Belajarlah Dari Sejarah Yang Lalu
Bagaimana Temasik 'Hilang' Melayu
Lantaran Percaya Janji Nan Palsu
Negara Tergadai Maruah Di Malu
Kini Taktik Sama Di Ulang
Bermulut Manis Akan Petualang
Nasib Melayu Bertambah Malang
Tanah Sendiri Semakin Hilang