Monday, 15 July 2019

Mengawal Paras Kolesterol Dalam Badan


Kolesterol ialah sejenis lemak di dalam setiap sel badan yang diperlukan untuk menghasilkan hormon steroid, vitamin D dan membantu dalam penghadaman makanan. Tubuh kita mampu menghasilkan kolesterol di dalam hati dan ia juga datang dari makanan yang kita makan.

Kolesterol dibawa oleh darah dalam bentuk lipoprotein, iaitu kombinasi lemak dan protein. Terdapat 2 jenis lipoprotein, iaitu lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL dianggap kolesterol ‘jahat’ kerana kadar LDL tinggi boleh menyebabkan mendakan kolesterol di dalam saluran darah (aterosklerosis). Kolesterol HDL pula di panggil kolesterol ‘baik’ kerana berfungsi untuk membawa kolesterol kembali ke dalam hati.

Perunding Kardiologi Hospital Pakar KPJ Tawakkal Dr Shahrol Anuar Mohd Yasin berkata, masalah kolesterol tinggi berlaku apabila kandungan kolesterol di dalam darah meningkat melebihi paras normal. Keadaan ini lazimnya dikesan melalui ujian darah kerana masalah kolesterol tinggi tidak mempunyai tanda awal .
Katanya apabila paras kolesterol meningkat tinggi, ini boleh membawa kepada penyempitan pembuluh darah dan ia salah satu risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung serta strok.
“Matlamat rawatan masalah kolesterol tinggi ialah untuk mengurangkan paras LDL dan meninggikan tahap HDL di dalam badan. Strategi untuk mengawal paras kolesterol merangkumi pemakanan sihat, makanan suplemen dan penggunaan ubat .
“Penjagaan makanan yang sihat mampu menolong mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan dan ini termasuk mengurangkan makanan berlemak, melebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran selain menggunakan lemak tidak tepu seperti minyak zaitun dan bunga matahari serta mengurangkan penggunaan minyak tepu seperti minyak sapi, mentega dan minyak kelapa sawit.
“Kajian juga membuktikan asid Omega-3 daripada ikan dapat mengurangkan paras trigliserid seterusnya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Pertubuhan Jantung Amerika mengesyorkan kita makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mendapatkan khasiat Omega-3. Pilihan ikan laut dalam seperti salmon, tuna dan trout adalah yang terbaik kerana mengandungi kadar Omega-3 yang tinggi,” katanya.
Menurutnya, niasin atau vitamin B3 adalah suplemen yang boleh membantu mengurangkan paras kolesterol, namun dua kajian terbaru menunjukkan niasin tidak mengurangkan kadar penyakit jantung malah mempunyai kesan sampingan yang agak tinggi. Berdasarkan kajian itu, tiada faedah menggunakan niasin dalam rawatan kolesterol tinggi.
Makanan dan ubat
Buat masa ini katanya, tiada kajian mendalam mengenai kesan pemakanan oat dan bijirin untuk mengurangkan paras kolesterol tetapi kerana oat memiliki serat dan karbohidrat kompleks yang boleh bertahan sepanjang hari, ini akan menolong dari segi pemakanan yang sihat dan secara tidak langsung boleh membantu mengurangkan paras kolesterol .
Jelasnya, dari segi penggunaan ubat, terdapat tiga jenis ubat utama iaitu statinezetimibe dan fibrate.
Statin menjadi rawatan utama masalah kolesterol tinggi yang bertindak ke atas enzim HMG-CoA reductase bagi mengurangkan pengeluaran kolesterol oleh hati. Jenis statin yang lazim digunakan adalah simvastatin, atorvastatin, rosuvastatin dan pravastatin.
Dr Shahrol berkata, keperluan ubat untuk masalah kolesterol tinggi berdasarkan kepada paras kolesterol dan risiko penyakit jantung. Paras kolesterol di dalam darah perlu diambil ketika pesakit berpuasa selama 8 jam.
Bagi pesakit jantung atau yang mempunyai risiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung, statin dimulakan lebih awal dan dos ubat diselaraskan sehingga paras kolesterol LDL kurang daripada 2.6mmol/L.
Bagi pesakit yang tiada penyakit jantung dan mempunyai risiko rendah untuk menghidapi penyakit jantung, disyorkan paras LDL kolesterol kurang daripada 4.1 mmol/L.
Ubat statin katanya, terbukti berkesan untuk mengurangkan paras kolesterol dan merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.
“Bagaimanapun, penggunaan statin ada dikaitkan dengan masalah gastroenterologi seperti kembung perut, perasaan loya dan cirit-birit, sakit otot (mialgia) dan kencing manis (diabetes jenis 2 untuk pesakit berumur lebih 60 tahun).
“Antara kesan sampingan yang lebih serius ialah radang otot (miositis) dan rabdomiolisis (sindrom akibat kecederaan dan kemusnahan tisu otot). Dalam situasi begini lazimnya statin akan diberhentikan serta merta,” katanya.
Beliau berkata, keberkesanan statin dalam menangani penyakit jantung sudah terbukti lebih 2 dekad dan dalam tempoh ini ia menjadi rawatan efektif untuk ratusan ribu pesakit di seluruh dunia.
Salah satu kajian awal dengan jumlah pesakit melebihi 10,000 orang jelas menunjukkan bahawa penggunaan statin dapat mengurangkan kadar risiko penyakit jantung sebanyak 36% (kajian ASCOT-LLA 2003).
Satu lagi kajian terhadap lebih 2,500 pesakit menunjukkan kawalan kolesterol yang lebih agresif berkesan dalam mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 47% (kajian ALLIANCE 2004).
Kajian SPARCL pada 2006 ke atas lebih 4,700 pesakit turut membuktikan penggunaan statin juga boleh mengurangkan kadar strok sebanyak 16%.
Menurut kajian ASCOTT-LLA, pengurangan risiko penyakit jantung sudah jelas terbukti dengan pengambilan statin selama 3 bulan pertama. Kadar pengurangan risiko penyakit jantung bertambah dengan pengambilan statin dalam jangka masa panjang.
Bagi penyakit strok pula, kajian menunjukkan ia mengambil masa lebih lama iaitu 2 tahun sebelum melihat manfaat dalam mengurangkan risiko strok.
“Kesimpulannya data yang dikumpul sepanjang 2 dekad ini jelas menunjukkan statin adalah rawatan paling efektif dalam mengurangkan penyakit kolesterol tinggi seterusnya mengurangkan kadar risiko penyakit jantung dan strok. Oleh itu, pesakit yang mempunyai kadar kolesterol tinggi dan mengalami risiko penyakit jantung dan strok sewajarnya mengambil ubat statin dengan jangka masa lama,” katanya.

Kredit: Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2016 @ 11:30 AM

Sumber: Harian Metro Mengawal paras kolesterol

Minuman semula jadi untuk menjaga kesihatan dan mengawal paras kolesterol dalam badan. Se7en dibuat dari perahan bawang putih, halia, lemon, madu dan cuka epal.
Minuman Botani Se7en

Anda boleh cuba mengurangkan paras kolesterol dalam darah dengan memakan bahan tradisional yang dipercayai dapat membantu mengurangkan paras kolesterol. Halia, bawang putih, cukai epal, lemon dan madu dipercayai dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol tinggi.

Lima bahan (perahan halia, bawang putih, lemon, madu dan cukai epal) di atas sekarang telah tersedia di dalam botol dan anda boleh membelinya. Ia sudah 5 tahun di pasaran yang diusahakan oleh syarikat Bumiputera. 

Untuk keterangan lanjut sila klik:

Cara Mengurangkan Kolesterol Dalam Darah

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan