Thursday, 18 July 2019

Mahathir Sokong Azmin Ali

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata jenayah video seks membabitkan Mohamed Azmin Ali adalah pakatan untuk menjatuhkan menteri hal ehwal ekonomi itu.

"Saya nampak ini satu tindakan politik, bukan kerana jenayah.

"Jenayahnya ialah ada pakatan untuk hendak menjatuhkan Azmin," katanya kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Terdahulu, Presiden PKR Anwar Ibrahim menegaskan polis bukan sahaja perlu menyiasat pihak yang menyebarkan video seks itu, tetapi juga meneliti ketulenannya.

Bulan lalu, bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Cabang Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengakui dirinya individu dalam video seks tersebut dan mendakwa Azmin sebagai rakan perlakuan lucah berkenaan.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR menafikan tuduhan itu sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerja politiknya.

Perdana menteri pada hari ini turut menyatakan kehairanan beliau bagaimana seseorang boleh mengakui dirinya individu dalam video seks itu.

"Jadi orang itu pula, dia pergi mengaku. Itu kita hairanlah. 

"Biasanya orang yang macam itu nak sembunyilah. Dia malulah Tapi ini tak malu," katanya.

Ditanya mengenai saranan Anwar supaya Azmin meletak jawatan jika video itu terbukti benar, Mahathir menjelaskan syarat yang disebut presiden PKR itu.

"Dia kata kalau betul. Kalau betul, ya lah (letak jawatan). 

"Tapi dia tak kata mesti (berhenti) sekarang ini," kata MP Langkawi.

Polis telah menangkap beberapa individu yan disyaki menyebarkan video seks itu.

Antara yang ditahan ialah Haziq sendiri dan pegawai kepada Anwar.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid yang merupakan sekutu rapat Anwar berpandangan "jalan terbaik" buat Azmin adalah bercuti.

MP Kapar berkata Azmin sepatutnya meletakkan dirinya sebagai "orang yang disiasat" agar tidak mengganggu perjalanan siasatan kes berkenaan.

"(Ini) walaupun presiden PKR (Anwar Ibrahim) mengatakan dia patut teruskan," kata Abdullah. -mk



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan