Friday, 19 July 2019

Berita Gempar Dari Pakatan Harapan

Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata pergeseran antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan timbalannya Mohamed Azmin Ali boleh menyebabkan Pakatan Harapan (PH) berpecah.

"Ia mungkin. Tetapi bergantung sama ada Anwar atau Azmin memiliki sokongan (yang cukup).

"Berdasarkan apa yang kita baca di media sosial, seperti ada perpecahan dalam parti. Mari berharap kestabilan akan kekal," katanya yang juga anggota parlimen Gua Musang.

Tengku Razaleigh berkata beliau tidak tahu sama ada pembangkang akan menang dalam PRU akan datang.

"Tetapi jika kita ada bilangan (kerusi parlimen yang cukup), mengapa tidak?" katanya.

Beliau yakin Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi PH tahu ke mana hala tuju gabungan itu pada masa ini.

Terdahulu, sejumlah 27 pemimpin dan anggota parlimen PKR menyatakan sokongan kepada Azmin dan berkata Anwar selaku presiden perlu segera menyatupadukan parti.

Tengku Razaleigh berkata terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memutuskan sama ada seseorang pemimpin itu memiliki sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.

"Anda boleh kata ada sokongan tetapi terpulang kepada Agong untuk menentukan sama ada seseorang itu ada majoriti atau tidak," katanya.

Dalam respons segeranya, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin setuju bahawa pergeseran antara Anwar dan Azmin tidak baik untuk PH.

"Saya tak mahu beri nasihat kerana mereka kawan dan saudara saya dalam PH.

"Tentulah kita sentiasa mendoakan ini akan berakhir tak lama lagi. Isu ini tidak baik untuk kita, bukan saja untuk PH tetapi untuk kerajaan dan rakyat Malaysia," katanya yang juga timbalan presiden PH.

Beliau bagaimanapun tidak setuju bahawa PH akan musnah jika pergeseran itu berterusan.

"Saya tidak terlalu pesimis dalam perkara ini. Harapnya ia akan reda," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

"Saya tak tahu nak kata apa lagi, hanya (boleh) doa," katanya lagi. - mk






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi








1 comment:

  1. Bila Ayat AlQuran dipermainkaan..!! Kes ni kes semburit sejenis..Kes Kaum Sodomy!!

    Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memetik sebaris ayat suci al-Quran yang diterjemahkan maksudnya kepada pengikut akaun Twitter untuk tatapan umum.

    Timbalan Presiden PKR yang sedang berdepan tuduhan fitnah hubungan seks sejenis berkongsi mesej al-Quran yang menjelaskan mengenai pentingnya menolak tuduhan dusta dan berbaik.

    Ia merupakan "ayat 12 daripada Surah An-Nur bersempena solat Jumaat dengan hashtag #TwitJumaat#JumaatSA atau #Sayyidul Ayyam yang membawa maksud Penghulu segala hari.

    Ayat terjemahan itu berbunyi “Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri dan berkata:” Ini ialah tuduhan dusta yang nyata” (An-Nur:12)#JumaatSA.

    Bila kemaruk kuasa ... persoalan ayat ini ada lelaki dan perempuan.. bukan sesama jantan atau sesama perempuan..!!

    Dalam video itu jelas sesama lelaki .. homosex dari Bangsa Sodom..!!

    Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu kini berdepan tekanan daripada pucuk kepimpinan yang mana beberapa pemimpin dan penyokong mula mendesak beliau letak jawatan atau bercuti sementara siasatan berlangsung

    sejarah negeri selangor suma MB melingkop tengah jalan akhirnya..

    wak jemin tunggu masa melingkup

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan